Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Scania Perkenal Barisan Trak Generasi Baharu untuk Pasaran Malaysia
Roda4

Scania Perkenal Barisan Trak Generasi Baharu untuk Pasaran Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SCANIA Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan trak generasi baharu ke pasaran tempatan untuk pemanduan jauh, pembinaan danurban. Generasi trak baharu Scania itu didatangkan dengan inovasi trenkuasa yang menawarkan penjimatan bahan api hingga 3 peratus.

Antara kemas kini lain ialah prestasi pemanduan, rekabentuk depan  baharu dan penambahbaikan casis untuk lebih aerodinamik serta padanan beg udara tirai yang pertama di Malaysia, termasuk kerusi pemandu boleh laras.

BACA >>> Scania Malaysia Lancar Dua Model Baharu

Penambahbaikan turut dilakukan pada ruang simpanan yang dipertingkat dan sistem hiburan terkini menerusi skrin sentuh 7-inci. Pelanggan juga boleh memilih pelbagai variasi pilihan kabin dan spesifikasi teknikal untuk seluruh barisan generasi baharu trak Scania.

PILIHAN KABIN

Menumpukan kepada manfaat pelanggan, trak generasi baharu kali ini menampilkan kemas kini rekabentuk dan teknikal pada kabin sedia ada, iaitu P-Series, G-Series dan R-Series, termasuk dua tambahan kabin baharu, L-Series dan S-Series. Setiap pilihan kabin itu dibezakan mengikut saiz dan kemasan akhir.

  • L-Series: Direka untuk kegunaan urban bagi tujuan pemunggahan, pengumpulan dan penyelenggaraan. Saiz kabin lebih luas dan paras ketinggian sama dengan kenderaan lain atas jalan.
  • S-Series: Paling tinggi dalam barisan trak dengan lantai rata dan bumbung tinggi yang cukup memberikan keselesaan maksimum untuk perjalanan jauh.

Ergonomik dalaman kabin dipertingkat bagi meningkatkan keselesaan dan praktikaliti  yang memberikan pandangan lebih baik menerusi panel instrumen rendah dan pilar-A digabungkan dengan posisi pemandu 6.5mm dekat dengan cermin depan dan 20mm ke sisi.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

SPESIFIKASI TEKNIKAL XT RANGE

Tawaran XT Range dengan binaan spesifikasi teknikal meningkatkan kekuatan trak untuk tugas berat (heavy-duty), khas dalam bidang pembinaan. Produk XT Range dilengkapi:

  • Ambilan udara tinggi untuk menyuap udara bersih ke bahagian enjin dalam persekitaran berhabuk.
  • Keupayaan tunda 40-tan di depan yang memudahkan operasi mengeluarkan trak apabila tersekat.
  • Tawaran bampar keluli, plat skid dan pelindung lampu depan.
  • Tangga servis boleh lipat pada bampar dan tangga pemeriksaan di sisi kabin dengan hendal pemegang untuk memudahkan akses pemeriksaan enjin, badan dan kargo.

Gandar depan XT Range diletakkan 50mm rapat ke depan dan graviti pusat  (CoG) rendah menghasilkan overhang pendek untuk mengurangkan sudut lutut ketika membrek keras. Kebuk brek 30-inci pada brek cakera di gandar depan ialah konfigurasi asas untuk kegunaan perjalanan jauh bagi menjamin prestasi tahap terbaik.

BACA >>> Aplikasi Dynafleet Volvo Didik Pemandu Trak

GALERI
Auto Terkini Pusat Servis Scania Scania Scania G-Series Scania L-Series Scania Malaysia Scania P-Series Scania R-Series Scania S-Series Trak trak scania
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.