Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Satu Lagi Acara Permotoran di Kedah Disember Ini
Auto Terkini

Satu Lagi Acara Permotoran di Kedah Disember Ini

Han OthmanBy Han Othman26/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN Negeri Kedah bercadang menganjurkan satu lagi acara permotoran Disember ini berikutab sambutan luar jangka diterima terhadap program Kedah Motor Fest yang diadakan di Dataran Amanjaya Mall, di Sungai Petani, kelmarin.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, program Kedah Motor Fest berjaya menghimpunkan peminat permotoran dalam negeri, termasuk penyertaan dari negeri lain membabitkan pelbagai kategori motosikal.

Kehadiran begitu ramai, setakat jam 2 petang tadi, kira-kira 16,000 pengunjung hadir. Kita mengalu-alukan penyertaan semua kategori termasuklah vespa, vintage, cup, superbike. Program ini juga mencakupi semua peminat permotoran yang bukan hanya dari negeri ini tetapi juga negeri lain.

“Saya berharap program seperti ini dapat diadakan secara berkala, saya fikir Disember ini akan diadakan satu lagi program seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Kedah Motor Fest sempena Karnival Prihatin Negara di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Jumaat lalu.

Sementara itu, Pengarah Program Kedah Motor Fest, Nurul Amin Hamid berkata, matlamat utama penganjuran program berkenaan adalah menghimpunkan dan menyatupadukan anak muda dan peminat dunia permotoran.

Dalam kalangan peminat motosikal ada kumpulan tersendiri contohnya peminat motosikal jenis YSuku, RX-Z, RS, vespa dan lain-lain lagi. Menerusi program ini kita turut menyelitkan juga agenda dakwah untuk anak muda dan perkongsian daripada pimpinan anak muda mengenai belia mahir dan keperluan belia masa kini.

“Walaupun acara permotoran ini memenuhi keperluan anak muda, tetapi kita turut menekankan aspek keselamatan ketika menunggang dan kita turut membawa beberapa orang ikon, khususnya dalam sukan permotoran untuk mendidik anak-anak muda supaya menunggang dengan selamat,” katanya.

Karnival Prihatin Negara anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah dan Pejabat Exco Kerajaan Negeri yang berlangsung selama tiga hari berakhir Jumaat lalu dengan jumlah kehadiran lebih 50,000 pengunjung.

BACA >>> Anak Lembu Lintas Jalan, Rempuh Penunggang Motor Sampai Terbabas
BACA >>> MB Kedah Janji Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani Harga Rakyat

SUMBER: Bernama | FB MBKedah

Auto Terkini Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Karnival Prihatin Negara Kedah Kedah Motor Fest Kementerian Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kedah Pejabat Exco Kerajaan Negeri Pejabat Menteri Besar Kedah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.