Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Saman Ubah Suai Motosikal Akan Naik, Pengusaha Bengkel Juga Tidak Lepas
Auto Terkini

Saman Ubah Suai Motosikal Akan Naik, Pengusaha Bengkel Juga Tidak Lepas

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize20/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain mendakwa tambahan prosedur dan hukuman menyeluruh melibatkan kegiatan samseng jalanan di bawah Seksyen 81(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986 perlu dibuat dalam usaha membanteras kegiatan tersebut hingga akar umbi.

Menurutnya, itu adalah antara perkara dirumuskan dalam mesyuarat perancangan strategi memerangi lumba haram dan mat rempit peringkat Kontinjen Pulau Pinang bersama beberapa jabatan dan agensi.

Mohd Shuhaily berkata, mesyuarat itu turut merumuskan peranan jawatankuasa pencegahan dan penguatkuasaan perlu diteruskan serta dipertingkat dengan menambah baik beberapa perkara seperti perundangan mengenai lumba haram.

Kami bersetuju untuk pihak berkuasa menambah baik prosedur dan hukuman di bawah Seksyen 81(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu supaya tindakan lebih ketat dikenakan kepada mat rempit dan pengubalan undang-undang khusus ke atas ibu bapa, penjaga (pesalah samseng jalanan) dan penonton.”

Beliau turut bercadang menaikkan kadar saman ke atas modifikasi motosikal dan menggubal undang-undang supaya tindakan boleh diambil ke atas bengkel ubah suai komponen, struktur dan asas kenderaan.

Semua cadangan itu akan diserahkan kepada pihak atasan iaitu pembuat dasar di Putrajaya, dan seterusnya dibawa ke peringkat Parlimen untuk dikuat kuasa supaya tindakan tegas dapat diambil ke atas mat rempit dan samseng jalanan.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, senjak penubuhan jawatankuasa memerangi kegiatan mat rempit Julai tahun lalu, pihaknya mendapati kegiatan itu semakin berkurangan, tetapi tiada lagi aktiviti lumba haram dalam skala besar di Pulau Pinang.

Menurutnya, sejak Julai hingga 18 April tahun ini, seramai 76 mat rempit berusia 16-36 tahun ditahan polis dan 5,009 saman dikeluarkan dalam 206 operasi dijalankan seluruh Pulau Pinang.

Setakat ini terdapat 13 lokasi hotspot yang kerap geng mat rempit jadikan tempat mereka berlumba haram dan pihak polis sentiasa melaksanakan operasi berterusan di kawasan berkenaan dalam usaha membanteras kegiatan itu,” katanya.”

Pihak polis juga berkolaborasi dengan USM dalam membuat kajian bagi memerangi gejala mat rempit di peringkat akar umbi dan beliau percaya penglibatan agensi lain juga diperlukan dalam usaha membanteras kegiatan tersebut.

BACA >>> Wheelie Punya Pasal, Mat Rempit Baju Sekolah Sonic Kena Tahan Polis Pendang
BACA >>> Mat Rempit: Saya Buat Macam Ni Sebab Style,

SUMBER: Bernama

JPJ Ketua Polis Lumba Haram mat rempit PDRM Pengusaha Bengkel Pulau Pinang Saman Ubah Suai Motosikal
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.