Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Saman RM300 Hingga RM2,000 Jika Tidak Tukar Beg Udara Takata dalam 14 Hari
Auto Terkini

Saman RM300 Hingga RM2,000 Jika Tidak Tukar Beg Udara Takata dalam 14 Hari

Abang GYLBy Abang GYL06/06/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi notis 14 hari kepada 358,233 pemilik kenderaan pelbagai jenama yang terlibat dalam kempen panggil balik untuk menukar beg udara Takata.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan saman RM300 atau RM2,000 akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang masih degil dan mengabaikan notis dikeluarkan JPJ.

BACA >>> Beg Udara Takata Meletup dalam Kemalangan 27 Mei – Honda Malaysia

Menurutnya, 358,233 unit kenderaan terlibat itu terdiri daripada jenama Honda, Toyota, BMW, Nissan, Mitsubishi, Subaru, Mazda dan Lexus.

“Semua pemilik kenderaan yang menerima notis JPJ perlu segera ke mana-mana pusat servis pengeluar kenderaan masing-masing untuk menukar beg udara.

“Pemilik yang mengabaikan notis pertama akan dikenakan kompaun RM300. Sekiranya pemilik kenderaan masih lagi berdegil dan tidak menjelaskan kompaun tersebut, tindakan mahkamah akan diambil.

“Kita bukan sesuka hati mahu menghukum, tetapi kami mahu memastikan mereka  menukar beg udara Takata dengan segera demi keselamatan diri kerana boleh menyebabkan kematian.

“Penukaran beg udara Takata ialah percuma dan prosesnya hanya ambil masa sekurang-kurangnya satu atau dua jam,” kata Loke lagi.

BACA >>> Wajarkah Larang Pemilik Beg Udara Takata Terjejas Perbaharui Cukai Jalan?

NOTIS PERTAMA AKAN DIHANTAR MINGGU DEPAN


Tambah Loke, JPJ akan menghantar notis pertama seawal minggu depan dan tempoh 14 hari akan diberikan kepada pemilik kenderaan untuk menukar beg udara Takata.

Dalam pada itu, pemilik kenderaan yang masih ingkar juga tidak akan dibenarkan memperbaharui cukai jalan. Kementerian Pengangkutan juga sudah mengarahkan semua syarikat pengeluar kenderaan untuk terus melaksanakan kempen bersepadu bagi memberi kesedaran kepada pemilik kenderaan terlibat.

Setakat ini, sebanyak 262,296 atau 78.9 peratus daripada keseluruhan 332,458 kereta keluaran Honda sudah menukar beg udara Takata, dengan mencatatkan peratusan tertinggi berbanding jenama lain.

Jenama Nissan mencatatkan pematuhan 40.49 peratus daripada keseluruhan 177,803 kenderaan terlibat, Toyota (38.11 peratus daripada 177,803 unit), Mitsubishi (44.72 peratus daripada 36,155 unit), Mazda (15.64 peratus daripada 10,982 unit), BMW (3.98 peratus daripada 8,320 unit), Subaru (6.23 peratus daripada 305 unit) dan Lexus (59.41 peratus daripada 303 unit).

BACA >>> 7 Perkara Tentang Beg Udara Takata yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: Bernama

beg udata takata JPJ model terlibat beg udara takata Takata tukar beg udara Takata
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.