Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»Saintis Muda Ini Sahkan Tidur Dalam Kereta Memang Berisiko Maut
Sembang Deras

Saintis Muda Ini Sahkan Tidur Dalam Kereta Memang Berisiko Maut

Han OthmanBy Han Othman17/09/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENARKAH tidur dalam kereta dengan memasang penyaman udara dan menutup tingkap itu berbahaya? Bukankah teknologi automotif sudah berkembang maju dan sepatutnya tiada masalah untuk kita tidur dalam kereta?

Artikel kami kali ini memetik status Facebook milik saintis negara, Mat Kuantum yang  mengulas mengenai bahaya kimia ke atas pemandu atau penumpang yang tidur dalam kereta. Menurutnya, memang benar tidur dalam kereta sambil memasang penyaman udara dan tingkap ditutup berpotensi menyebabkan kematian.

Mari kita baca penjelasan saintis muda kelahiran Taiping ini yang mendapat pendidikan kedoktoran (PhD) di Australia dan New Zealand. Sebagai makluman, status beliau di bawah sudah diolah dan disunting supaya lebih mudah difahami:

KARBON DIOKSIDA (CO), ENJIN KERETA DAN KIMIA

Kini, banyak viral di media massa mengenai ‘pengharaman’ tidur dalam kereta dengan penyaman udara dipasang dan tingkap ditutup. Ya, secara saintifik larangan itu benar dan dibuktikan betul bahawa tidur dalam kereta ketika enjin hidup dengan tingkap ditutup boleh membawa maut.

Mantan penyelia di New Zealand pernah beritahu saya semasa mahu bereksperimen menggunakan karbon monoksida (CO) untuk sintesis sebatian rutenium karbonil. Katanya, CO boleh membawa maut dan mampu membunuh anda dalam beberapa minit. Kata mantan penyelia saya itu, orang dulu-dulu kalau mahu bunuh diri akan duduk dalam kereta, kuncikan pintu dan tingkap, serta hidupkan enjin. Kereta pula selalunya diparkir dalam garaj tertutup dan gas CO yang terhasil itu akan membunuhnya.

Dalil saintifiknya, pembakaran petrol akan menghasilkan CO dan karbon dioksida (CO2), bergantung kepada kondisi tertentu dan perubahan perkadaran (proportion varies). Dalam sistem tertutup, majoriti gas yang dihasilkan ialah CO; jadi, sangat bahaya! Pembakaran hidrokarbon, termasuk petrol memang menghasilkan CO dan CO2, cuma nisbah berbeza mengikut keadaan.

FUNGSI PENGUBAH BERMANGKIN

GERHARD ERTL
MASATAKE HARUTA

Dalam kereta kita ada pengubah bermangkin (catalytic converter) yang bertujuan mengoksidakan gas CO kepada CO2. Saya tidak pasti di mana pengubah bermangkin dalam kereta, mungkin boleh tanya pakar automotif. Pengubah bermangkin ini biasanya menggunakan logam berharga seperti platinum (Pt) atau paladium (Pd).

Walaupun reaksi kimia (CO + 0.5O2 –> CO2) nampak ringkas, tetapi sebenarnya kompleks. Disebabkan itulah penemuan mekanisme untuk pengoksidaan CO pada permukaan solid membolehkan saintis fizik dari Jerman, Gerhard Ertl memenangi Hadiah Nobel dalam Kimia pada 2007.

pengubah-bermangkin

Saya letakkan gambar mekanisme itu (lihat gambar atas) dalam tesis PhD kerana proses yang terlibat ialah pemangkinan (catalysis). Namun, masalah Pt ialah penukaran C0 berlaku pada suhu tinggi, melebihi 200°C.

Saintis kimia Jepun, Masatake Haruta pada 1987 menemukan nanopartikel emas (dalam saiz ~4nm) yang mampu melakukan hampir 100 peratus penukaran CO pada suhu rendah (low temperature conversion). Bahkan harga emas yang dua kali lebih murah berbanding Pt membuka ruang kepada pemangkinan emas. Tiba-tiba ada kerubut emas (gold rush) untuk meneroka kimia nanomaterial emas. Tesis PhD yang saya tulis di New Zealand dulu adalah berkaitan nanomaterial emas dalam pemangkinan dan sensing.

RUNAWAY REACTIONS

eksperimen-saintis

Sudah tentu ia pembaikan dalam industri automotif. Kita tidak pernah menafikan kemajuan teknologi kenderaan. Jadi, apa masalahnya tidur dalam kereta, buka penyaman udara dan hidupkan enjin, serta tutup tingkap kerana bukankah teknologi sudah maju untuk membina sebuah kenderaan yang selamat?

Dalam sains ada konsep dipanggil tindak balas luar kawalan (runaway reactions). Banyak benda di luar kawalan boleh berlaku. Disebabkan itulah mantan penyelia saya selalu risau kalau berlaku ‘runaway reactions’ dalam pengoksidaan bermangkin dan penghidrogenan (hydrogenation) yang saya buat. Saya berurusan dengan pelbagai gas bahaya seperti hidrogen (sangat mudah terbakar) dan CO (sangat bertoksik) semasa buat PhD di New Zealand dulu. Jadi, percayalah cakap saya!

Biasanya untuk setiap reaksi bermangkin yang saya buat, ada injap untuk melepaskan ‘runaway reaction’ sama ada menggunakan reaktor mini, reaktor Parr atau kelalang (flask) Schlenk. Banyak perkara luar kawalan boleh berlaku, dan saintis sentiasa berhati-hati dan berusaha keras untuk mengelakkan kemalangan walaupun tiada jaminan.

Hargailah saintis yang penat lelah mencipta, menulis dan mengembangkan ilmu. Jadi, dengarlah nasihat para saintis yang berilmu dan berpengalaman. Janganlah degil sangat ikut kepala otak sendiri. Kalau sudah disuruh jangan tidur dalam kereta sambil pasang penyaman udara dan tutup tingkap, janganlah buat. As simple as that!

autotainment bahaya karbon monoksida bahaya tidur dalam kereta Gerhard Ertl Masatake Haruta pengubah bermangkin sembang deras
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026

1 Comment

  1. dr shukeri on 13/07/2016 15:48

    advice from expert is the most valuable .thanks doc

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
Auto Terkini

Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

By Han Othman13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.