Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Saintis Belgium Temui Cara Tukar Udara Tercemar Kepada Bahan Api Hidrogen
Auto Terkini

Saintis Belgium Temui Cara Tukar Udara Tercemar Kepada Bahan Api Hidrogen

Han OthmanBy Han Othman15/05/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARI ini bukan sedikit kajian dilakukan banyak pihak dalam usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar daripada penciptaan kenderaan hibrid dan elektrik (EV) sehinggalah penghasilan bahan api yang lebih mesra alam.

Baru-baru ini, sepasukan saintis daripada Universiti Antwerp dan Universiti Leuven (KU Leuven) di Belgium dilaporkan menghasilkan peranti yang boleh membersihkan udara dan menjana kuasa pada masa sama. Proses itu dinamakan sebagai fotopemangkinan heterogen (heterogeneous photocatalysis) yang menggunakan cahaya dan pemangkin khas (biasanya semikonduktor) untuk mencetuskan reaksi kimia.

Sebenarnya, fotopemangkinan heterogen sudah pernah digunakan untuk mengalirkan hidrogen daripada air dan menyahkan pencemaran berasaskan gas. Tetapi, amat jarang kombinasi kedua-duanya – membersih dan menjana kuasa – digunakan. Bagaimanapun, pasukan saintis berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan sel fotoelektrokimia yang menggunakan sel solar untuk menghasilkan hidrogen dalam proses sama bagi elektrolisis penguraian-air (water-splitting).

JENTERA JADI CEKAP

Menurut Profesor Sammy Vergbuggen, ada dua ‘bilik’ dipisahkan dengan satu membran untuk menyisihkan dua proses. Udara dibersihkan di satu sisi dengan fotoanod (photoanode), manakala hidrogen dijana daripada bahagian proses degradasi dengan katod dilekatkan di sebalik membran elektrolit pejal.

Pemilihan pemangkin itu membuatkan jentera jadi begitu efektif, kata Verbuggen.

“Dahulu, sel tersebut banyak digunakan untuk mengekstrak hidrogen daripada air. Kami kini mendapati ia juga munasabah, malah lebih berkesan, dengan udara tercemar,” katanya.

Hidrogen mudah disimpan dan digunakan sebagai bahan api. Apapun hasil dapatan saintis itu baru mengesahkan kesahihan konsep dan ada beberapa ruang yang boleh ditambah baik. Ini kerana peranti masa kini cuma berukuran beberapa sentimeter persegi dan cukup sukar untuk mengimbang balas emisi karbon atau menjana kuasa dalam bandar.

SUMBER: AutoBlog

fotopemangkinan heterogen heterogeneous photocatalysis tukar udara tercemar kepada bahan api hidrogen
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.