Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sah, Proton Lancar Model Baharu dengan Enjin 1.5L TGDi Tahun Depan!
Auto Terkini

Sah, Proton Lancar Model Baharu dengan Enjin 1.5L TGDi Tahun Depan!

Han OthmanBy Han Othman05/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON bakal memperkenal tiga model baharu pada 2023 dan 2024 dengan enjin 1.5L TGDi yang dipasangkan dan diuji di Kilang Proton Tanjung Malim.

Berita itu didedahkan Proton kepada media tempatan yang melakukan lawatan kilang pemasangan enjin 1.5L TGDi di Tanjung Malim hari ini, yang juga pertama di luar China. Kini semua enjin 1.5L TGDi untuk model X70 dan X50 baharu, termasuk model Proton akan datang akan dihasilkan di fasiliti berkenaan.

BACA >>> Proton Mahu Lancar Tiga Model Baharu, Adakah X90 Masuk Senarai?

Menurut Proton, enjin TGDi dari Kilang Proton Tanjung Malim mampu mencapai 70 peratus penggunaan komponen tempatan melibatkan. 72 komponen daripada 19 syarikat tempatan dan empat negara Asean. Malah enjin sedia ada kini sudah menggunakan 30 peratus komponen tempatan.

MODEL PROTON BAHARU

Proton tidak mendedahkan model manakah bakal dilancarkan dulu. Namun, berdasarkan slaid pembentangan, kami menjangka kemungkinan besar model itu ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi, ‘X90’ yang sebelum ini pernah tular dengan foto intip sedang melakukan ujian enduran.

Satu lagi model baharu diramalkan adalah pengganti Exora, ‘X80’ manakala model ketiga kemungkinan pengganti Preve yang sudah lama dihentikan pengeluaran.

Sebagai makluman nama x90 dan x80 sudah didaftarkan Proton di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

BARISAN PEMASANGAN ENJIN TGDi

Enjin 1.5L TGDi baharu Proton akan dipasangkan di Fasiliti Barisan Pemasangan Enjin di Kilang Proton Tanjung Malim berkeluasan 18,000 meter persegi yang mampu menghasilkan 180,000 unit enjin setahun.

ENJIN 1.5 TGDi

Berikut spesifikasi asas barisan enjin TGDi digunakan model Proton akan datang:

  • 3-silinder sebaris 1477cc DOHC dengan saiz gerek 82mm dan lejang 93.2mm.
  • Unit turbo suntikan terus (TDi) mampu menghasilkan kuasa 130kW @ 5,500rpm, dan tork 255 @ 1,500rpm
  • Unit turbo biasa (port fuel injection) menghasilkan kuasa 110kW @ 5,500rpm, dan tork 226 @ 1,500rpm

Menariknya, enjin ini juga mampu dibangunkan sebagai trenkuasa dengan bahan api alternatif dan elektrifikasi (dalam pembangunan.).

BACA >>> Proton Raja SUV Malaysia, Saga Kekal Model Paling Laris!
BACA >>> Proton Daftar X80, X90, SUV Baharu dan Pengganti Exora Bakal Muncul?

Auto Terkini Enjin 1.5L TGDI kilang proton Kilang Proton Tanjung Malim Proton
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.