Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RUU Filipina Mahu Hapus Notis Parkir ‘Lepas Tangan’, Pengusaha Kena Tanggungjawab
Auto Terkini

RUU Filipina Mahu Hapus Notis Parkir ‘Lepas Tangan’, Pengusaha Kena Tanggungjawab

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


OPERATOR parkir atau pemilik premis persendirian yang mengenakan caj bayaran letak kenderaan di Filipina mungkin tidak nyenyak tidur apabila ‘notis lepas tangan’ terhadap kerosakan kereta pelanggan bakal dimansuhkan.

Notis dimaksudkan itu adalah seperti ‘Park At Your Own Risk’ (Parkir Atas Risiko Sendiri) atau ‘Syarikat dan pengurusan tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan kenderaan’.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Parkir Sisi dengan Mudah?

RUU BAHARU PARKIR KERETA


Dewan Perwakilan (seperti Dewan Rakyat di Malaysia) meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) selepas bacaan ketiga yang meletakkan tanggungjawab ke atas syarikat atau pengusaha parkir terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan kenderaan milik pelanggan di bawah penjagaan mereka.

RUU itu dipanggil Rang Dewan 7725 atau Akta Regulasi Yuran dan Operasi Parkir.

Bagaimanapun, RUU bukanlah bermaksud operator atau pemilik premis persendirian diwajibkan membayar ganti rugi kepada pelanggan jika kenderaan mereka dipecah masuk, dilanggar atau rosak. Ia cuma pengesahan pengendali perkhidmatan parkir perlu bertanggungjawab, dan pelanggan mungkin perlu melantik peguam bagi tujuan tuntutan pampasan atau saman.

BACA >>> #ApaNakBuat: ‘Jiran dari Neraka’ Parkir Depan Rumah Kita?

Menurut laporan, RUU itu mungkin menumpukan kepada penetapan caj atau bayaran letak kenderaan standard (mungkin harga paling maksimum).

Syarikat atau operator parkir juga boleh dikenakan tindakan jika gagal mematuhi standard ditetapkan seperti menyediakan sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV), jumlah pengawal keselamatan yang sesuai dan lain-lain.

RUU itu turut menetapkan fasiliti parkir perlu menyerahkan rakaman CCTV apabila diminta berbuat demikian. Jika gagal melakukanna akan dianggap menghalang tugas kehakiman, termasuk boleh dikaitkan dengan beberapa kesalahan lain

BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Brek Kereta Kurang Cengkaman dan Cara Atasinya

Jika RUU itu diluluskan menjadi undang-undang sah, operator parkir tidak boleh lagi lepas tangan. Misi utama undang-undang berkenaann adalah mengenai kepentingan tanggungjawab selain melindingin dan meningkatkan keselamatan kawasan parkir pemilik kenderaan.

Satu lagi kandungan Rang Dewan 7725 ialah operator parkir tidak dihalang untuk mengumpul ganti rugi daripada orang yang bertanggungjawab terhadap kecederaan ke atas pelanggan lain, atau kerosakan kenderaan. Ada kemungkinan wang ganti rugi tersebut akan diberi kepada mangsa atau pemilik kereta dilanggar.

BACA >>> Memandu Sambil Minum Kopi Pun Boleh Kena Saman di UK! (Bersyukurlah)
BACA >>> Inilah 8 Ragam Pemandu Malaysia (yang Tak Semenggah) di Stesen Minyak
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Servis Sensor dan Kamera Parkir Kereta?

SUMBER: AutoIndustriya

Auto Terkini Lot parkir Operator parkir lepas tangan Parkir RUU Parkir Kereta Filipina Saman parkir Tempat Letak Kenderaan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.