Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Royal Enfield Classic 500 dengan Platform Baharu Bakal Lancar 2021
Roda2

Royal Enfield Classic 500 dengan Platform Baharu Bakal Lancar 2021

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU bulan lalu, Royal Enfield menamatkan barisan motosikal 500cc kerana gagal mematuhi regulasi BS6 di India. Kini pengeluar itu ada jurang  besar dalam barisan produk antara 350cc dan 650cc.

Pengeluar itu khabarnya sedang membangunkan platform baharu untuk model Classic 500 yang akan mengisi jurang segmen antara 350cc dan 650cc. Cabarannya pula adalah membangunkan produk terbaik seperti model popular sedia ada.

PENDAHULU SEGMEN 350CC

Royal Enfield kini pendahulu dalam segmen 350cc dengan perkongsian pasaran 95 peratus. Bagaimanapun pesaing seperti Jawa, Benelli, Kawasaki, Honda, Triumph dan Husqvarna sedang bekerja keras merebut kek pasaran segmen tersebut.

Melihat situasi tersebut, pembangunan platform dilakukan Royal Enfield dilihat sebagai langkah bijak kerana akan memberikan lebih banyak pilihan supaya pasaran tidak direbut pesaing.

Penambahan produk berkenaan juga akan meletakkan Royal Enfield pada posisi lebih baik bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan. Malah pengeluar yang berpangkalan di Chennai itu turut mengesahkan akan terus menumpukan kepada segmen motosikal saiz pertengahan dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

BACA >>> #BikinMotor: Royal Enfield Interceptor 650 Sentuhan OEM, Gaya Minimalis Serba Kemas
BACA >>> #Spyshot: Royal Enfield Scrambler 500 Sedang Diuji di India

TERUS HASILKAN MODEL MAMPU MILIK

Faktor mampu milik adalah kunci utama kejayaan dan keutamaan Royal Enfield. Malah, harga produk jenama itu di India sendiri lebih rendah berbanding pesaing lain.

Menurut Royal Enfield, pemilik motosikal berkapasiti kecil sentiasa bercita-cita mahukan jentera lebih besar, sebaliknya ramai pemilik motosikal besar ada potensi membeli motosikal saiz sederhana. Justeru ada potensi penambahan pelanggan daripada dua kategori pembeli tersebut.

Continental GT 650
Interceptor 650

Jika anda masih ingat, model kembar Royal Enfield, Continental 650cc dan Interceptor 650cc pernah muncul sebagai produk terlaris India dan luar negara. Sejak dilancarkan pada 2018, segmen motosikal 500cc ke atas mencatatkan pertumbuhan hampir empat kali ganda.

Pasukan pembangunan produk di India dan Britain kini sedang menilai kemungkinan mengemas kini lebih banyak infrastruktur sedia ada seperti enjin dan frem. Jika berjaya, akan muncul produk baharu berasaskan platform 350cc dan 650cc.

Model pertama generasi baharu Royal Enfield itu dijangka dilancarkan bulan depan dengan nama Meteor 350.

BACA>>>Royal Enfield Labur RM400j Bina Pusat Teknologi di India, Serius Masuki Pasaran Global

SUMBER: Rushlane

roda2 Royal Enfield Royal Enfield Classic 500 Royal Enfield India Royal Enfield Interceptor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.