• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Royal Enfield Interceptor 650 Sentuhan OEM, Gaya Minimalis Serba Kemas

#BikinMotor: Royal Enfield Interceptor 650 Sentuhan OEM, Gaya Minimalis Serba Kemas

February 20, 2019 By AI Leave a Comment

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SENTUHAN Old Empire Motorcycles (OEM) ke atas model Royal Enfield Interceptor 650 ini bukan saja menghasilkan sebuah karya yang kemas dan ringkas, tetapi juga cukup unik dengan gaya tersendiri.

Pengasas bersama OEM, Alec Sharp berkata, Royal Enfield datang menemui pihaknya tahun lalu untuk mengubah suai jentera tersebut. Tumpuan utama ialah bahagian enjin tanpa modifikasi ekstrem. Hasilnya ialah model kustom minimalis yang dipadankan dengan ciri menarik.

Penampilan bar hendal nampak kosong tanpa apa-apa fungsi mekanikal. Ini kerana kabel terotel disalurkan secara dalaman, dan begitu juga klac yang berfungsi secara pusingan grip @ twistgrip (seperti Lambretta) di sebelah kiri bar hendal.

BACA >>> Jawa Terlajak Laku, Tempahan Terpaksa Ditutup, Tempoh Menunggu Hingga November Ini

Tiada suis gear, dan tiada jam, manakala brek depan menggerakkan pedal henti belakang menerusi injap proporsi yang berhubung dengan brek belakang. Rim jejari standard disalut tayar Metzeler Racetec, manakala fork digantikan komponen lebih rigid, dan set belakang menggunakan barang OEM sendiri.

OEM_Enfield_9
_OEM_Enfield_1
oem_enfield_6

Set lengkap ekzos dengan damper dalaman mengekalkan aliran gas tanpa memekakkan telinga.

"Kami asalnya risau kerana pernah bekerja dengan beberapa motosikal moden dengan sistem pendawaian CANBUS yang sangat rumit, dan tidak banyak modifikasi dibenarkan.

BACA >>> #BikinMotor: Vespa PX 150 Pseudo-Scrambler Skuter Kustom Ekstrem dari Rusia

"Tapi, apa yang kami temyi pada Enfield ialah ia motor paling baik untuk berurusan dengan komponen elektrik. Kami keluarkan semuanya, dan ia masih hidup!" kata Sharp lagi.

GALERI

SUMBER: MCN

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Alec Sharp, bikinmotor, kustom, Modifikasi, Old Empire Motorcycles (OEM), roda2, Royal Enfield, Royal Enfield Interceptor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my