Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi Bidas Marquez Cakap Tentang Kontroversi GP Malaysia 2015
Auto Terkini

Rossi Bidas Marquez Cakap Tentang Kontroversi GP Malaysia 2015

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VALENTINO Rossi akhirnya membuka mulut dengan menegaskan Marc Marquez cuma ‘nampak buruk’ setiap kali membangkitkan isu kontroversi mengenai mereka pada GP 2015.

Tujuh tahun lalu, Rossi hilang gelaran juara dunia GP kepada rakan sepasukan, Jorge Lorenzo. Ketika itu, The Doctor berulang kali menuduh Marquez membantu Lorenzo, tetapi dinafikan pelumba Honda itu.

BACA >>> #2018ArgentinaGP:”Marquez Tak Ada Telur” – Rossi Geram Tidak Terkata
BACA >>> Marc Marquez: Mustahil Rossi Jadi Kawan Saya

Rossi dan Marquez kemudian menjadi tumpuan peminat MotoGP dalam pertarungan sengit di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang kedua-duanya saling bertembung.

Akibatnya, pelumba Itali itu dikenakan penalti tiga mata dan terpaksa memulakan perlumbaan akhir musim 2015 (GP Valencia) di tempat terakhir. Keputusan itu memberikan kelebihan kepada Lorenzo untuk muncul juara.

Marquez dilaporkan berkata;

Tiada sesiapa antara kami ada kelebihan kelajuan. Kami berdua tak ada kelebihan kelajuan berbanding satu sama lain, kami bersaing untuk beberapa lap hingga salah seorang hilang sifat sabar.

“Aku rasa dia boleh urus semua benda dengan cara berbeza berbanding apa dibuat, sebab orang yang hilang sabar itu adalah dirinya.”

BACA >>> Lorenzo: Susah Marquez Nak Pecahkan Rekod Rossi

Rossi ketika bercakap kepada La Gazzetta dello Sport di Valencia hujung minggu lalu memberikan respons;

Memang normal kalau dia terus menerus dengan benda ini, tapi semua orang tahu apa berlaku pada 2015, semua faham. Jadi, setiap kali dia duk kata itu tak betul, dia cuma nampak buruk.”

Rossi dan Marquez menjadi seteru sejak ‘pertempuran’ 2015 dan perkara itu nampaknya belum sembuh dan kini kembali menjadi ungkitan.

Juara dunia tujuh kali itu hadir ke GP Valencia untuk melihat graduan akademi VR46, Francesco Bagnaia memenangi gelaran juara dunia. Bagnaia ialah pelumba Itali pertama muncul juara dunia GP selepas Rossi dengan kemenangan terakhir pada 2009.

Rossi berkata;

Pecco memang hebat, dia perlukan zon selesa sendiri, tapi bila dia sudah serasi dengan motor, dia memang sukar untuk dikejar. Dia juga baik dan sopan, kau boleh tau sebab dia datang dari keluarga yang bagus.”

Mengenai seorang lagi graduan VR46, Franco Morbidelli yang menamatkan aksi 2022 di tangga ke-19, Rossi berkata;

Aku jangka dia lebih kompetitif, tapi dia sebenarnya sedang bergelut.”

BACA >>> RNF Aprilia Rekrut Oliveira, Fernandez untuk MotoGP 2023
BACA >>> Tech3 Jadi GasGas Factory Racing untuk MotoGP 2023!
BACA >>> Lorenzo: Saingan MotoGP Sudah Tak Sepanas Dulu

SUMBER: Crash

2015 MotoGP 2022 MotoGP Fabio Quartararo Marc Marquez Valentino Rossi VR46
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.