Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Roller Coaster Ducati Bakal Dibina dalam Taman Tema Itali, Bakal Jadi Tarikan Baharu
Auto Terkini

Roller Coaster Ducati Bakal Dibina dalam Taman Tema Itali, Bakal Jadi Tarikan Baharu

AryonBy Aryon03/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK puas mengeluarkan mode-model menggiurkan, Ducati bakal mengorak langkah lebih jauh apabila merancang membuka pusat riadah dipanggil ‘Ducati World Showcase‘ berkeluasan 115,000 kaki persegi dalam kawasan taman tema Mirabilandia, Itali.

Menurut laporan PowerSports Business, perjanjian antara Ducati dan pemilik Mirabilandia, Parques Reunidos akan menyaksikan wujud satu kawasan taman tema yang dinamakan sempena jenama motosikal.

Ducati World akan direka untuk menarik perhatian peminat motosikal dari Itali dan negara luar dengan menawarkan pelbagai daya tarikan mengenai pengalaman bermotosikal sebenar. Antara projek bakal menjadi tarikan ramai ialah roller coaster generasi baharu yang direka khas supaya pengunjung dapat merasai pengalaman menunggang motosikal Ducati secara nyata.

BACA >>> Roller-Coaster di Ferrari Land Mampu Pecut 0-180kmj Sepantas 5 Saat

Ini termasuk simulator, virtual realiti, dan permainan kanak-kanak. Malah, Ducati juga mencadangkan diwujudkan bilik pameran Ducati World yang mana pengunjung dapat melihat sejarah dan perkembangan model-model buatan pengeluar dari Itali itu dari dulu hingga kini.

TARIKAN BAHARU

“Ducati World akan memberi peluang pengunjung merasai pengembaraan menyeronokkan dengan jenama Ducati,” kata Pengarah Perkongsian Korporat dan Pelesenan Ducati, Alessandro Cicognani.

“Terima kasih atas perjanjian ini, bersama dengan Reunidos, kami akan membangunkan satu kawasan tema motosikal pertama dalam sebuah taman tema Itali. Lokasi Mirabilandia, di tengah Motor Valley akan memberikan nilai tambah kepada projek berkenaan.

“Perkongsian dan pelaburan ini akan mengubah Mirabilandia, melonjakkan kembali taman tema ini untuk menarik pengunjung dari seluruh dunia,” kata Reunidos lagi.

Ducati World bakal meneruskan tradisi kuat Itali dalam sukan dan automotif dengan menyediakan penglibatan dan pengalaman inovatif untuk peminat motosikal. Tambahan lagi, Ducati ialah jenama global yang memiliki reputasi hebat.

Taman Tema Mirabilandia terletak dekat Ravenna dalam wilayah Emilia-Romagna, antara hab pelancongan paling terkenal di Itali. Mirabilandia menjadi kompleks hiburan di negara Eropah itu dan turut diiktiraf Kementerian Alam Sekitar Itali.

Tetapi ramai pengunjung sama ada tempatan atau luar negara mengeluh tentang harga makanan yang mahal di dalam taman tema tersebut. Apakah itu tandanya makanan di taman tema Malaysia seperti Sunway Lagoon dan Legoland adalah termurah di dunia?

Auto Terkini Ducati Ducati World roda2 roller-coaster taman tema Ducati
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.