Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Robot Manusia Mula Masuk Kerja Kilang Mercedes-Benz
Auto Terkini

Robot Manusia Mula Masuk Kerja Kilang Mercedes-Benz

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MERCEDES-Benz menjadi pengeluar terkini menggunakan khidmat robot manusia (humanoid robot) sebagai ‘pekerja’ di salah sebuah kilang pembuatan kenderaan jenama itu di Berlin, Jerman.

Pendekatan itu menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kumpulan robot akan mengambil alih peluang kerja manusia. Bagaimanapun, Mercedes-Benz mendakwa kedudukan pekerja dan kakitangan mereka kekal selamat.

Robot digunakan pengeluar itu datang daripada Apptronik, iaitu syarikat dari Amerika Syarikat (AS) yang didirikan pada 2016 di Makmal Human Centered Robotics Universiti Texas.

Mercedes-Benz sudah melabur puluhan juta ke dalam syarikat tersebut dan kini mula menggunakan robot Apollo di kilang Marienfelde di Berlin.

Robot Apollo awalnya digunakan untuk tugas logistik dalaman dan juga kerja berulang sepert menggerakkan komponen atau modul ke barisan pengeluaran untuk dipasang juruteknik pada kenderaan.

Robot itu juga boleh digunakan untuk melakukan kerja pemeriksaan awal komponen. Kakitangan Mercedes-Benz juga terlibat dalam melatih robot berkenaan menerusi teleoperasi dan realiti terimbuh (AR) yang membenarkan robot bekerja secara berautonomi.

Sekiranya paras bateri robot Apollo semakin rendah, ‘mereka’ boleh mengecas diri sendiri dengan memasukkan kabel dalam soket.

Mercedes-Benz bukan satu-satunya pengeluar automotif yang menguji teknologi sedemikian. Tesla juga meneruskan pembangunan robot manusia sendiri, manakala BMW sudah menggunakan robot termaju di kilang di  South Carolina sekitar hujung tahun lalu.

Di China, Dongfeng Motors juga menggunakan robot AI di kilang untuk pemeriksaan dan aspek logistik.

SUMBER: CarScoops

Auto Terkini pengeluar kenderaan Roda4 tenaga kerja robot
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.