Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»RMK E2 – Motosikal Elektrik Ini Mampu Capai Kelajuan 100kmj Tanpa Hab Roda Belakang
Roda2

RMK E2 – Motosikal Elektrik Ini Mampu Capai Kelajuan 100kmj Tanpa Hab Roda Belakang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASARAN motosikal elektrik sebenarnya semakin berkembang dengan pelbagai rekabentuk baharu menarik diperkenalkan. Bermula barisan produk baharu Zero dan motosikal sport elektrik hingga model prestasi, Curtiss, serta produk elektrik baharu Harley-Davidson. Nampaknya, masa depan jentera dua roda elektrik semakin cerah dan mengujakan.

Terkini, sebuah syarikat Finland memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) yang begitu berbeza dengan model sedia ada, iaitu motosikal elektrik dengan roda belakang tanpa hab. Motosikal elektrik prototaip RMK E2 itu sudah pun membuka tempahan untuk penghantaran tahun depan.

Prestasi jentera setanding motosikal konvensional dengan had kelajuan maksimum elektronik 160kmj. Malah RMK  mendakwa E2 mampu mencapai perbatuan antara 200-300km bergantung pilihan model. Kuasa motor 65hp dan tork 320Nm bukanlah terlalu tinggi, tetapi apa yang menarik diperkatakan tentang motosikal elektrik itu ialah rekabentuk.

BACA >>> Curtiss Motorcycles Dedah Satu Lagi Motosikal EV Enjin V8 – Hera

Motor elektrik ditempatkan di roda belakang. Anehnya, tiada hab pada roda belakang yang biasanya terdapat komponen seperti sproket, rantai atau tali sawat dan rim dengan jejari. Begitu inovatif! Teemu Saukkio ialah individu yang bertanggungjawab merekabentuk motosikal RMK yang dipasang di Finland.

Jika dilihat pada imej didedahkan, E2 mirip jentera streetfighter. Tidak seperti kebanyakan model EV yang menyembunyikan kabel dab wayar pendawaian, tetapi motor ini menjadikan semua itu sebagai sebahagian rekabentuk. Wayar jingga dapat dilihat jelas dari bawah pelana dan sepanjang swingarm ke stator motor.

BACA >>> Green Falcon – Motosikal Elektrik Guna Material Buluh Ciptaan Firma Pinoy

RMK juga merancang meningkatkan pengeluaran produk sepanjang 2019 hingga 150 unit setahun dan bagi menempah model E2 ini, pelanggan perlu membayar deposit sebanyak €2,000 (RM9,691). Harga seunit E2 pula €23,000 (RM111, 451). Hmm… bukan sebarangan harga.

GALERI
TEEMU SAUKKIO

SUMBER: Electrek

Curtiss Motorcycles Harley-Davidson Kenderaan Elektrik (EV) motor elektrik RMK E2 roda2 Teemu Saukkio Zero Zero Motorcycles
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.