• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Green Falcon - Motosikal Elektrik Guna Material Buluh Ciptaan Firma Filipina

Green Falcon - Motosikal Elektrik Guna Material Buluh Ciptaan Firma Filipina

April 7, 2018 By AI 1 Comment

593
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CHRISTOPHER Paris Lacson
ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Rekabentuk di Meep Inc (Modular Energy Efficient Portage) yang juga syarikat induk kepada subsidiari Banatti, diambil daripada perkataan Tagalog, bermaksud 'pergi pantas'.

Dalam semangat mahu mencapai emisi sifar, Lacson menghasilkan motosikal elektrik digelar Green Falcon. Menariknya, ciptaan warga Filipina itu tampil unik kerana dibina menggunakan bahan buluh dan bukan gentian kaca atau keluli. Selain lebih ringan, buluh dipilih kerana memiliki kekuatan yang menyamai material keluli.

BACA >>> Ford Mungkin Guna Buluh untuk Material Dalaman Kereta

Buluh turut digunakan untuk menghasilkan pelana, fender belakang dan spidometer dengan berat hanya 7kg. Semua itu dilakukan bagi menyokong mandat Kerajaan yang berhasrat menanam 10 juta hektar buluh menjelang 2020.

Dua lapis struktur buluh dilaminat epoksi laut (marine epoxy), manakala bateri dan motor elektrik diselindungkan. Walaupun mampu memecut selaju 120kmj, Bannati memutuskan mengehadkan kelajuan motosikal sekitar 100kmj bagi kegunaan khas dalam bandar

Green Falcon mampu ditunggang sejauh 45-50km dengan bateri dicas penuh. Menurut Bannati, jarak sejauh itu sesuai dengan pelana yang sengaja direka seperti pelana kuda. Tiada jaminan motosikal itu akan menjadi produk versi pengeluaran, tetapi diakui ia memang inisiatif baik dan di luar kotak yang boleh kita raikan.

BACA >>> #TahukahAnda: Jenis Kayu untuk Kemasan Kabin Kereta yang Perlu Anda Tahu

green-falcon-01
green-falcon-02
green-falcon-03
green-falcon-04-696x391
green-falcon-1
green-falcon-2
green-falcon-3
green-falcon-4

SUMBER: RideApart

593
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Banatti, Banatti Green Falcon, buluh, CHRISTOPHER Paris Lacson, e-bike, Filipina, Green Falcon, Meep, Motosikal buluh, motosikal elektrik, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my