• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Ford Mungkin Guna Buluh untuk Material Dalaman Kereta

Ford Mungkin Guna Buluh untuk Material Dalaman Kereta

April 20, 2017 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


BANYAK pengeluar kenderaan masa kini saling berlumba untuk mencari material yang lebih ringan, kuat dan tahan lasak untuk membangunkan kenderaan mereka. Salah satu pengeluar itu ialah Ford yang kini sedang membangunkan teknologi material daripada buluh untuk kemasan dalaman kereta.

Penyelia kejuruteraan material Ford di Pusat Kejuruteraan dan Penyelidikan Ford di Nanjing, Janet Yin berkata, buluh diketahui umum sebagai material yang kuat, fleksibel, boleh diperbaharui dan mudah didapati di China dan negara Asia lain.

MEMBESAR DENGAN PANTAS

Dalam persekitaran liar, buluh juga membesar dengan pantas dan mampu mencapai tahap matang hanya dalam dua hingga lima tahun, lebih pantas berbanding kayu pokok tradisional. Malah, buluh boleh tumbuh setinggi tiga kaki (0.91 meter) dalam masa sehari.

Jadi, Ford bekerjasama dengan pembekal untuk mengkaji jika buluh dapat digabungkan dengan plastik untuk menghasilkan material yang lebih kuat bagi kegunaan dalaman kereta.

Selepas diuji, Ford menyedari variasi ujian ke atas gabungan buluh dan plastik menunjukkan campuran material itu adalah lebih baik berbanding material lain sedia ada.

Ford belum mengumumkan pada bahagian mana material baharu itu akan digunakan. Mungkinkah papan pemuka? Atau kerusi? Ataupun stereng atau komponen plastik dalam kereta?

JADI MATERIAL KEMASAN KERETA MEWAH

Sebenarnya, buluh memang sedia digunakan sebagai material dalaman kereta seperti BMW dan Lexus, tetapi lebih kepada kemasan akhir pada papan pemuka atau panel pintu bagi menyerlahkan elemen kemewahan.

BACA  >>> Penggunaan Jenis Kayu dalam Kereta yang Perlu Anda Tahu

Jadi, ciptaan Ford kali ini bakal menjadi inovasi baharu dalam dunia automotif. Tidak mustahil juga menjadi perintis kepada pengeluar lain untuk melakukan kajian sama. Tidak mustahil selepas buluh, boleh jadi rotan, kayu getah atau pokok bunga kertas. Sama-sama kita nantikan. 🙂

SUMBER: The Drive

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, buluh, Ford, Ford guna material buluh, kayu buluh, material buluh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my