Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Skoda Favorit Letak Pengeluar Republik Czech Setanding Eropah Barat
Autotainment

#RetroAuto: Skoda Favorit Letak Pengeluar Republik Czech Setanding Eropah Barat

Abang HirataBy Abang Hirata24/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Skoda Favorit

PADA 1987, dunia automotif menyaksikan kelahiran inovasi yang akan mengubah landskap pengeluaran kereta di Republik Czech.

Skoda Favorit diperkenalkan yang secara langsung meletakkan pengeluar kereta Czech itu setanding jenama terkemuka dari Eropah Barat.

Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit

Model kompak Skoda yang menampilkan konfigurasi enjin dalam pacuan roda depan (FWD). Ini bukan saja membuka jalan bagi perkembangan luar biasa jenama Czech di bawah payung Volkswagen Group, tetapi juga menjadi asas kepada famili kenderaan serba baharu.

Malah Skoda Favorit mengukir nama dengan kejayaan besar di litar lumba dan trek rali.

Sejarah Sebuah Evolusi

Skoda 1000 MB (1964)
Skoda 1000 MB (1964)
Skoda 1000 MB (1964)
Skoda 1000 MB (1964)

Sebelum kemunculan Skoda Favorit, antara 1905 dan 1963, hampir keseluruhan kenderaan yang dihasilkan di Mladá Boleslav menampilkan konsep teknikal enjin depan yang dipasang membujur dalam pacuan roda belakang (RWD).

Namun, pada 1964, Skoda 1000 MB (foto atas) jenis notchback memecahkan tradisi itu dengan memulakan era kenderaan enjin belakang dan RWD di Skoda. Namun, konsep tersebut membataskan keupayaan pengeluar menawarkan pelbagai varian badan kenderaan kepada pelanggan.

Dengan dana terhad daripada Kerajaan, yang menjadi pemilik syarikat ketika itu, konsep enjin belakang dan RWD terus dikekalkan hingga awal 1980-an.

Titik Perubahan, Pembangunan Inovatif

Kilang Skoda Mlada Boleslav di Czech
Kilang Skoda di Mlada Boleslav, Republik Czech.

Perubahan tidak lagi dapat ditangguhkan, dan pada Disember 1982, Kerajaan Czechoslovakia membuat keputusan drastik membangunkan kereta moden dengan enjin dipasang melintang di roda depan dalam tempoh lima tahun.

Di fasiliti Skoda Mlada Boleslav, satu pasukan penuh semangat dan motivasi tinggi, diketuai pengurus projek Petr Hrdlička, memulakan tugas berat berkenaan. Walaupun berdepan pelbagai cabaran di bawah ekonomi terancang ketika itu, mereka berjaya mencipta sebuah model kompak dalam tempoh singkat, yang mampu bersaing tanpa rasa gentar dengan pesaing dari Barat.

Bagi rekabentuk model hatchback dan varian lain seperti sedan notchback, estate, dan pikap, Skoda mendapatkan khidmat studio terkenal Stile Bertone dari Turin, Itali. Walaupun rekabentuk utama ditangani pakar Skoda sendiri, syarikat Czech itu turut mendapatkan kepakaran dari pakar asing, termasuk Porsche.

Pengeluar kereta sport ikonik itu memberikan sokongan dalam aspek penggantungan enjin, geometri gandar depan, dan turut berkongsi pengalaman dalam mengoptimum tahap kebisingan kabin.

Ruang, Ketahanan Skoda Favorit

Skoda Favorit
Skoda Favorit

Jelas sekali, Skoda Favorit adalah kemajuan signifikan dan penunjuk arah masa depan. Walaupun 40mm lebih pendek berbanding pendahulu (Skoda 120), ruang kabin 85mm lebih panjang yang menawarkan ruang mencukupi untuk sebuah kenderaan famili lengkap.

Versi estate atau wagon pula, Skoda Forman, turut dilancarkan tidak lama kemudian kepada pelanggan yang mahukan lebih banyak ruang.

Pasukan pembangunan Favorit juga melaburkan sumber besar dalam pengujian model baharu itu yang bukan saja dalam keadaan makmal, tetapi juga di kawasan iklim ekstrem seperti di pergunungan Alps yang tinggi dan cuaca panas musim panas di Riviera.

Skoda Favorit

Skoda Favorit dikuasakan enjin aluminium OHV yang diberi perhatian menyeluruh dengan kapasiti 1,289cc berkuasa antara 58ps hingga 63ps dan memenuhi piawaian penggunaan bahan api dan emisi terkini.

Tahap bunyi dan kestabilan enjin 4-silinder juga dipertingkat yang mampu menempuh hingga 250,000km sebelum memerlukan servis penuh.

Pelancaran, Transformasi Pasaran

Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit

Skoda Favorit diperkenalkan secara rasmi pada 16 September 1987, dan mula dikeluarkan dari barisan pemasangan di kilang Vrchlabí. Pengeluaran siri selepas itu dilancarkan di Mladá Boleslav pada Ogos 1988.

Pada masa itu, versi 136 L (deluxe) berharga Kč84,600 (RM16,800), yang bersamaan sekitar 27.5 bulan gaji purata (kira-kira 3,070 crowns (RM610).

Selepas peristiwa bersejarah Revolusi Baldu pada November 1989 yang menyaksikan keruntuhan rejim Komunis dan permulaan transformasi kepada negara demokrasi serta ekonomi pasaran di Czechoslovakia, Skoda mula mencari rakan kongsi strategik kukuh.

Tujuannya untuk menjamin masa depan jangka panjang syarikat di bawah keadaan ekonomi yang sangat berbeza. Pada musim bunga 1991, pengeluar kereta Czech itu menjadi jenama keempat yang menyertai Volkswagen Group.

Tidak lama kemudian, Skoda Favorit dirombak secara menyeluruh dengan fokus utama pada peningkatan kualiti, teknologi, keselamatan, dan rekabentuk.

Skoda Forman
Skoda Forman
Skoda Forman
Skoda Forman

Antara Ogos 1987 dan September 1994, Skoda menghasilkan sejumlah 783,167 unit Skoda Favorit. Apabila diambil kira versi estate Skoda Forman dan varian kenderaan komersial seperti Pick-Up, sejumlah 1,077,126 unit kenderaan dikeluarkan hingga pertengahan 1995.

Skoda Felicia: Meneruskan Legasi Jenama Baharu

Skoda Felicia dan Skoda Felicia Combi

Legasi dibina Skoda Favorit kemudian diteruskan Skoda Felicia (atas kiri) dan Felicia Combi, yang mengambil alih takhta pada musim luruh 1994.

Jika Skoda Favorit menjadi pelopor era moden Skoda bawah Volkswagen Group, Felicia pula model pertama dibangunkan sepenuhnya dengan input dan piawaian penuh daripada konglomerat automotif Jerman tersebut.

Skoda Felicia 1994
Skoda Felicia 1994
Skoda Felicia 1994

Diperkenalkan secara rasmi pada 26 Oktober 1994 di Prague, Skoda Felicia dibangunkan daripada platform Skoda Favorit yang menampilkan rekabentuk lebih besar dan kapasiti but bertambah.

Kerjasama rapat dengan Volkswagen Group membolehkan Felicia ditawarkan dalam varian enjin lebih pelbagai (termasuk petrol 1.6 MPI dan diesel 1.9D) dan dilengkapi ciri moden seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), stereng kuasa, penyaman udara, dan hingga empat beg udara.

Pelancaran model wagon (combi) dan utiliti seperti Pick-Up dan Vanplus turut menunjukkan kemajuan Skoda di bawah arah tuju baharu itu.

Skoda Favorit, Forman dan Pick-Up
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Skoda Favorit
Škoda Felicia
Skoda Felicia dan Skoda Felicia Combi
Skoda Felicia Fun
Skoda Felicia Fun
Skoda Felicia Combi
Felicia Combi
Skoda Felicia
Skoda Felicia
Skoda Felicia
Skoda Felicia
Skoda Felicia Combi
Skoda Felicia Combi
Skoda Felicia Combi
Felicia
autotainment Retro Auto ŠKODA Škoda Favorit Škoda Felicia Volkswagen Group
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.