Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: 4 Model Kawasaki Ninja 250 Pertama, Evolusi Lebih 30 Tahun
Autotainment

#RetroAuto: 4 Model Kawasaki Ninja 250 Pertama, Evolusi Lebih 30 Tahun

ZYBy ZY18/04/20214 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH sportbike 250cc 4-lejang pertama yang anda pernah tunggang?

Bagi kebanyakan penunggang veteran, pastinya tidak lain dan tidak bukan, Kawasaki Ninja 250. Berbanding pesaing seperti Honda CBR 250, Yamaha R25 dan KTM RC250 yang baru dilancarkan bermula era 2010-an, Ninja 250, terutama daripada generasi kod nama EX sudah mula berada di pasaran sejak era 1980-an lagi. Menariknya, walaupun sudah lebih 30 tahun, kod nama EX dengan ciri utama enjin 250cc dwi-silinder (untuk versi 4-silinder ZXR 250, boleh baca DI SINI) masih lagi diperbaharui hingga sekarang supaya tampil relevan, sesuai perubahan zaman.

Memandangkan lebih 3 dekad di pasaran dengan pelbagai model pembaharuan dihasilkan, artikel ini kami akan fokuskan kepada 4 model Ninja 250 EX pertama yang lebih dikenali sebagai siri GP.

1. KAWASAKI GPz 250 (EX250-C) – 1983


Walaupun bukan jentera Kawasaki pertama membawa nama Ninja – nickname itu cuma diperkenalkan pada Ninja GPz 900R yang dilancarkan tahun berikut (1984) – GPz 250 dengan kod nama EX250-C boleh dikatakan sebagai Ninja 250 pertama.

Diperkenalkan kali pertama pada 1983, khas untuk pasaran domestik Jepun sahaja, EX250-C sangat berbeza dengan Ninja 250 yang anda kenal hari ini. Dari segi rekabentuk, model ini dilihat lebih kepada siri Z250 (ER250) dengan gaya jentera naked awal 80-an. Perbezaan lain datang daripada nadi jentera ini yang hanya mengusung mesin dwi-silinder 250cc SOHC 2 injap, penyejukan udara dengan output kuasa 17hp sahaja.

Apa yang membuatkan anda terkejut, model Ninja 250 pertama ini adalah yang terakhir menggunakan pacuan tali sawat atau drivebelt, bukan rantai selain brek cakera kembar di depan! Jangan main-main!

2. KAWASAKI GPZ 250R (EX250-E) – 1986


Sebelum anda bertanya, kami pun tidak tahu ke mana hilangnya EX250-D, mungkin kekal sebagai prototaip sahaja. Tetapi untuk EX250-E ini, boleh dikatakan inilah ‘nenek moyang’ sebenar keluarga Ninja 250. Kenapa? EX250-E atau GPZ 250R ialah Ninja 250 pertama yang didatangkan dengan enjin 250cc dwi-silinder, empat injap DOHC penyejukan cecair yang menjadi asas kepada model Ninja 250 generasi EX akan datang.

Mampu menjana hingga 37.4hp @ 11,000rpm, angka kuasa ini agak tinggi mengikut standard jentera sport 250cc hari ini. Namun, walaupun putaran tertinggi mampu mencapai 14,000rpm, mesin ini menerima rungutan pemilik kerana perlu dikerah lebih 4,000rpm untuk mencapai kuasanya.

Perbezaan lain, GPZ 250R sudah mula menggunakan gaya half fairing, manakala roda dikecilkan kepada 16-inci berbanding 18-inci yang digunakan kebanyakan motosikal zaman itu. Menariknya, ada sumber mendakwa model ini turut ditawarkan hingga 35 pilihan warna! Sukar hendak percaya, tetapi melihatkan brosur pemasaran yang kami jumpa di laman web, memang ada kira-kira 20 atau lebih variasi kombinasi warna ditawarkan. Jadi, mungkin tidak mustahil dilakukan Kawasaki.

BACA >>> #RetroAuto: Inilah Sebab Ada ‘Ninja’ dalam Kawasaki

3. KAWASAKI GPX 250R (EX250F) – 1987


GPX 250R ialah model 250cc terawal daripada siri EX yang kelihatan benar-benar seperti Kawasaki Ninja, memandangkan rekabentuknya diilhamkan daripada Kawasaki Ninja pertama iaitu GPZ 900R.

Tampil dengan gaya fairing penuh, itu saja perbezaan yang jelas dibandingkan GPZ 250R sebelum ini. GPX 250R masih didatangkan dengan enjin dwi-silinder 250cc DOHC daripada model GPZ, tetapi ditala sedikit berbeza. Antaranya, diameter karburetor dikecilkan 2mm kepada 30mm, mampatan enjin ditingkatkan daripada 12.0:1 kepada 12.4:1 dan pemasaan pembakaran dicepatkan (advanced ignition timing). Akhir sekali saiz sproket belakang dinaikkan 3 mata, menjadikan Ninja 250 lebih ‘pick up’ daripada model terdahulu.

Bagi anda yang tidak tahu, GPX 250R pernah ditawarkan untuk pasaran tempatan pada penghujung era 80-an dengan tanda harga sekitar RM16,000. Murah tak?

BACA >>> Harga Motosikal 80-an Lebih Murah Berbanding Sekarang? Ya atau Tidak?

4. KAWASAKI GPX 250R-II (EX250G) – 1988


Dilancarkan pada 1988, model yang juga digelar GPX 250R-II ini tampil lebih gagah dengan rim dan tayar bersaiz lebar. Paling menarik perhatian ialah brek depan yang menggunakan cakera kembar, iaitu ciri sama yang ada pada saudaranya, ZXR 250. Selain sedikit perubahan kosmetik seperti disebut, ciri lain masih sama dengan GPX 250R sebelum ini.

Tetapi sayangnya seperti GPZ 250 (1986) yang dinyatakan awal tadi, EX250-G atau GPX 250R-II cuma ditawarkan secara ekslusif untuk pasaran Jepun sahaja, lantas menjadikan model ini sangat rare di kalangan peminat dan pengumpul motosikal klasik!

gpx 250 gpx 250r ii gpz 250 Kawasaki kawasaki ninja Kawasaki Ninja 250 Ninja 250 Retro Auto
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

23/03/2026
Triumph Daytona 660 2026
Roda2

Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

19/03/2026
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

17/03/2026
Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
Aksesori

Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

16/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
Auto Terkini

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

By Shazwan Hisam18/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

By Shazwan Hisam16/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.