Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#RetroAuto: Sejarah Lampu Utama Kereta yang Perlu Anda Tahu
Auto Terkini

#RetroAuto: Sejarah Lampu Utama Kereta yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman09/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAMA ada anda memiliki MG TC Roadster (1948), Ferrari 308 GTB (1984) atau Proton Saga ‘kotak’ (1985), anda pasti akan berdepan masalah lampu utama pada satu-satu masa sama ada daripada insiden mentol terbakar hinggalah kepada cahaya malap dan arah suluhan lampu yang tidak betul.

Apabila disebut lampu utama (juga dipanggil headlamp atau headlight), komponen sebenar yang dirujuk ialah lampu depan kenderaan yang menyuluh arah hadapan kereta. Jadi jangan terkeliru dengan lampu belakang merah, lagu brek ketiga ataupun lampu signal.

BACA >>> Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!

Sejarah lampu utama kereta sudah dicipta sejak penghujung dekad abad ke-18, seiring revolusi automobil. Sama ada anda sedia tahu, tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu, sebenarnya sudah banyak perubahan berlaku dalam evolusi penciptaan lampu utama.

Jadi artikel kali ini akan berkongsi kepada anda tentang asal-usul dan evolusi lampu utama sebagai antara komponen kereta paling penting dahulu dan sekarang. Selamat membaca!

LAMPU TANGLUNG?

Lampu kereta paling awal digunakan adalah dikuasakan asetilena (acetylene) atau minyak berupa bentuk lampu gantung seperti lantera atau tanglung, dan diperkenalkan pada lewat 1880-an. Penggunaan lampu asetilena sangat popular ketika itu kerana cahaya api yang dipancarkan tidak mudah terpadam disebabkan angin atau hujan. Walaupun lampu elektrik sudah mula digunakan sedekad kemudian, iaitu menjelang 1890-an, tetapi teknologi itu masih tidak cukup reliabel untuk mengetepikan aspek fungsional lampu kereta jenis asetilena.

Generator asetilena dipasang pada Oakland (1910) menggunakan kristal karbida dan air untuk membentuk gas asetilena
Sistem asetilena Prest-O-Light menggunakan tangki diisi gas sebagai bahan nyalaan lampu untuk Kissel (1909)

Syarikat seperti Prest-O-Light dan Corning Conophore kemudian menjadikan lampu utama kereta jenis gantung itu sebagai aksesori berharga. Prest-O-Light misalnya menampilkan ciri penyimpanan gas asetilena yang cekap, termasuk menyediakan sistem penghantaran. Syarikat itu juga mencipta suis khas dalam kabin yang boleh dipetik untuk menyalakan lampu gantung itu.

Corning Conophore pula memperkenalkan kaedah refleksi dan pemfokusan​ pada lampu. Pada 1917, lampu utama buatan Corning mampu menyuluh jalan sejauh 500 meter dari kenderaan.

LAMPU ELEKTRIK


Lampu utama dikuasakan elektrik pertama diperkenalkan pada 1898 pada kenderaan Columbia Electric (gambar atas). Namun, syarikat itu cuma menghasilkan kereta elektrik, manakala lampu pula berkuasa rendah dan sekadar aksesori opsyen, bukan sebahagian ciri standard. Ini secara tidak langsung mengehadkan penggunaan lampu elektrik pada lewat 1800-an.

Masalah besar ialah jangka hayat filamen yang tidak lama ketika menyala. Perlu diingatkan, era awal automotif ketika itu tidaklah ideal seperti dunia moden hari ini. Bukan saja tentang kondisi kereta, tetapi juga keadaan sekeliling pemandu seperti jalan raya berturap yang rata.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Buka Lampu Ketika Hujan Siang?

Lampu jalan yang diletakkan di hadapan kereta berisiko rosak akibat kondisi jalan yang tidak menentu yang menyebabkan tertanggal, terjatuh atau pecah. Cabaran sukar lain ialah menghasilkan dinamo bersaiz kecil yang cukup berkuasa untuk mengeluarkan arus mencukupi bagi menyalakan lampu gaya filamen yang dicipta Thomas Alva Edision pada 1879.

LAMPU UTAMA SEBAGAI CIRI STANDARD

Pada 1904, lampu asetilena Prest-O-Lite ditawarkan banyak pengeluar sebagai ciri standard kereta. Sebaliknya, syarikat Peerless bertanggungjawab menjadikan lampu utama elektrik sebagai ciri standard pada 1908. Pada 1912 pula, divisyen Cadillac dalam General Motors (GM) menggabungkan ciri pencucuhan elektrik Delco dengan sistem lampu.

Inovasi ini mewujudkan sistem elektrik automotif gaya moden pertama. Pada 1940, teknologi lampu utama jenis kedap atau sealed-beam mula diperkenalkan dalam sejarah automotif.

BACA >>> #Videotomotif: Manakah Lebih Terang antara Lampu Halogen, Xenon dan LED?

Kemudian, selama 17 tahun Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mensyaratkan pengeluar hanya dibenarkan menggunakan lampu bersaiz 7 inci sebagai standard. Cuma pada 1957, barulah undang-undang tersebut digubal semula bagi membenarkan saiz dan bentuk lampu berbeza digunakan asalkan komponen itu dapat memberikan pencahayaan yang baik ketika memandu.

DARIPADA SEALED BEAM KE HALOGEN


Unit lampu utama sealed-beam pernah digunakan semua pengeluar di Eropah, Jepun dan Amerika Utara sepanjang 1960-an. Hanya selepas 50 tahun teknologi asas itu muncul. Mentol halogen dan mentol tunggal pula menjadi ciri standard bagi lampu kedap.

Mentol halogen masih lagi lampu gaya pijar, tetapi menggunakan pintalan berbeza. Mentol standard menggunakan filamen yang dikelilingi campur gas lengai (inert gas), biasanya nitrogen-argon. Mentol halogen pula menggunakan envelop kompak mengelilingi filamen tungsten.

Gas asal yang mengisi kebuk ialah iodin, tetapi kini bromin sudah jadi standard. Filamen hari ini juga lebih tahan lama dan lebih cerah berbanding rekaan lama.

APAKAH SETERUSNYA SELEPAS 50 TAHUN?

Kini selepas 50 tahun berikut, kita sudah mula meneroka penggunakan teknologi diod pancaran cahaya (LED). Sama seperti inovasi terdahulu, mentol LED mampu memberikan hayat pencahayaan yang lebih panjang dan suluhan objek lebih jauh.

Kita pasti tidak terfikir bahawa teknologi lampu utama akan berkembang sehingga tahap hari ini. Semuanya berlaku tanpa sedar dan begitu pantas.

SUMBER: Thoughtco.com

autotainment headlamp headlight lampu utama mentol RetroAuto sejarah lampu utama kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kuota BUDI95 mungkin dikurangkan | Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara

12/05/2026
Toyota Corolla 60th Edition 2026
Roda4

Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

12/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

12/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

12/05/2026

1 Comment

  1. aman nizan on 02/06/2017 11:44

    kenapa ada kenderaan bermotor, kereta dan motorsikal yang menambah atau menukar lampu kedua/tambahan kepada warna merah di bhgian hadapan? Tidakkah ini mengelirukan pengguna jalanraya yang lain. Kod dunia bagi warna lampu belakang ialah merah. Saya lihat beberapa tahun kebelakangan ni, semakin menjadi jadi trend lampu merah di hadapan kenderaan. ini ibarat niat untuk membunuh diri sendiri sekiranya lampu utama tidak menyala, hanya lampu kedua menyala merah? ianya mampu menyebabkan pertembungan depan sama depan kenderaan. antara kenderaan yang byk menukar lampu merah di hadapan ialah motorsikal Yamaha lc135. kereta ala old school dgn spotlight merah dan mcm2 lagi. harap pihak POLIS boleh ajukan kpd JPJ juga, lancar sekatan besar-besaran satu
    Malaysia bagi saman maksimum 300 (lagi lebih lagi bagus) bagi kesalahan ini kepada pemandu/penunggang yg bangang ni. ya lagi satu, cuba consult dgn menteri pengangkutan, memandu melawan arus di lebuhraya terutamanya patut dikenakan hukuman seperti cubaan membunuh atau membunuh jika ada kes kematian. bagi orang2 ini di sebat 20 sebatan, biar lumpuh satu badan, terus takboleh memandu atau lagi bagus hukum penjara sampai mati atau gantung mandatori jika disabitkan kesalahan. tolonglah, perkara ini cukup merbahaya. harap POLIS cepat bertindak. harap jgn isu ini penyebab statistik kematian. bertindaklah segera!! sekian. jasamu dikenang. terimakasih POLIS

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
Aksesori

Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

By Syafie08/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.