Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Tentang Sejarah Awal Husqvarna (dari Sweden) yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#RetroAuto: Tentang Sejarah Awal Husqvarna (dari Sweden) yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJARAH jenama Husqvarna cukup panjang dan pelbagai yang bukan hanya dalam dunia motosikal. Ditubuhkan seawal 1689, syarikat diasaskan dekat bandar Huskvarna di Sweden itu asalnya memulakan perniagaan dalam bidang pembuatan senapang dan produk ketenteraan.

Menjelang 1800, Husqvarna mula mempelbagaikan produk syarikat seperti menghasilkan mesin jahit, dapur, dan perkakasan rumah. Perniagaan motosikal pula hanya dimulakan pada 1903 menerusi pengeluaran model pertama satu silinder, sebelum disusuli 4 model lain pada tahun-tahun berikutnya.

BACA >>> 11K (1915) – Model Pertama Harley-Davidson yang Direka Khas untuk Berlumba


Kilang asal Husqvarna terletak bersebelahan sungai Huskvarna, bermaksud ‘House Mill’ di bandar yang juga mempunyai nama sama – Huskvarna. Jurutera zaman itu menguji pelbagai jenis trenpacu sebelum memilih enjin FN (Fabrique Nationale) buatan Belgium untuk dipasang pada basikal buatan sendiri. Enjin bersesaran 225cc itu berkuasa 1.25hp dengan kelajuan 40-48kmj menerusi pacuan tali sawat. Menurut manual pengguna:

Tiada halangan mempelajari cara pengendalian basikal bermotor ini. Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknikal untuk ditunggang. Bagaimanapun, anda perlu menjaga mesin ini dengan teratur dan memastikan ia berkeadaan baik. Jika tidak, kenderaan ini tidak akan memberikan kepuasan kepada pemilik.

“Jika petrol terlalu sejuk, anda dapat memanaskan karburetor kenderaan ini dengan membakar surat khabar atau benda lain di bawah enjin. Penggunaan pistol kimpalan untuk memanaskan enjin adalah dilarang sama sekali!”


Mesin pertama itu dikilangkan dalam skala kecil antara 1903 dan 1906. Harga permulaan ialah kr700 (krona – matawang Sweden) atau AS$150 (RM579). Manual penggunaan menyatakan, syarikat tidak memberikan sebarang waranti pada enjin FN, dan bertanggungjawab atas basikal sahaja. Pada musim akhir, kuasa asal enjin FN dipertingkatkan kepada 2.75hp.

Tiada angka jualan direkodkan pada era tersebut, tetapi ada rekod yang menunjukkan mesin ‘Motorvelociped’ (kemudian dipendekkan kepada ‘moped’) digunakan untuk tujuan pengangkutan dan perlumbaan. Husqvarna menjalankan sesi ujian menggunakan enjin NSU berkuasa 3.25hp, tetapi enjin keluaran Jerman itu hanya digunakan untuk tempoh dua tahun.

Angka pertama pengeluaran diketahui pada 1908 selepas Husqvarna membina dan menjual 14 unit motosikal. Husqvarna turut memulakan perjanjian dengan pengeluar motosikal dari Switzerland, Motosacoche. Pengeluar dari Geneva itu memiliki kilang dengan 300 pekerja di Genova, Itali, yang menjadi fasiliti pengeluaran enjin dan motosikal jenama itu.

Trenkuasa Motosacoche kemudian dijual kepada lebih sedozen pengeluar motosikal lain sekitar Eropah. Kerjasama antara syarikat Swedish dan Swiss itu bertahan hampir 4 tahun.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Yoshimura – Bangkit di Jepun untuk Kembali ke Amerika [Siri 2]
BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Yoshimura – Hilang di Jepun, Bangkit di Amerika [Siri 1]

Husqvarna mengambil langkah besar ke arah menjadikan jenama terkenal. Dengan menggunakan enjin Motosacoche No 58, pengeluar itu membina sebuah mesin yang sangat bergaya dan cekap. Secara keseluruhan, sebanyak 23 unit sudah terjual pada 1909.

Penjualan meningkat pada tahun berikut apabila kolaborasi baru diperkenalkan, kali ini dengan satu lagi syarikat Swiss, Moto-Rève (motosikal impian). Motosikal baharu itu, Model 65 dilengkapi enjin 298cc berkuasa 2hp. Ciri-ciri utama model keluaran 1910 itu bukanlah kuasa, tetapi konfigurasi enjin V-Twin yang diketengahkan.

Pada tahun awal pembabitan Husqvarna dari 1903 hingga 1910, Husqvarna berterusan menunjukkan kemajuan dalam bidang kejuruteraan dan pengeluaran, tetapi hanya menjual 100 unit motosikal. Tidak lama kemudian, pasaran motosikal turut tertarik dengan keluaran model baharu buatan pengeluar dari Sweden itu sepanjang era 1911 hingga 1920.

BACA >>> Husqvarna Malaysia Lancar 10 Model, Termasuk Vitpilen dan Svartpilen, Harga Mula RM24k

SUMBER: RideApart

Huskvarna Husqvarna Moped Motorvelociped Motosacoche motosikal Retro Auto Retro Autro roda2 sejarah sejarah automotif Sweden
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

    31/03/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.