• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Husqvarna Malaysia Lancar 10 Model, Termasuk Vitpilen dan Svartpilen, Harga Mula RM24k

Husqvarna Malaysia Lancar 10 Model, Termasuk Vitpilen dan Svartpilen, Harga Mula RM24k

January 7, 2021 By AI Leave a Comment

611
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENAMA motosikal premium dari Sweden, Husqvarna Motorcycles Malaysia kembali ke pasaran tempatan dengan memperkenalkan 10 model yang kini sudahpun berada di pusat jualan jenama itu.

Berikut model-model yang dibawa masuk.

STREET BIKE

Vitpilen 401 (kanan) dan Svartpilen 401.
  • Svartpilen 250 - RM24,800
  • Svartpilen 401 - RM29,800
  • Vitpilen 401 - RM29,800

Svartpilen 401 dan Vitpelin 401 berkongsi enjin yang sama, jenis 4-lejang silinder tunggal 373cc penyejukan cecair berkuasa 44hp @ 9000rpm dan tork 37Nm @ 7,000rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan. Nisbah mampatan enjin ialah 12.6:1.

Kedua-dua model berkongsi aspek teknikal seperti frem keluli trellis Chromium-Molybdenum, fork terbalik (USD) 43mm WP Apex dengan travel 142mm (depan) dan monoschock WP Apex dengan travel 150mm (belakang), manakala brek jenis cakera 230mm dengan kaliper piston tunggal ByBre di belakang berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch 9.1MB.

Bagaimanapun, Vitpilen 401 menggunakan brek cakera 320mm dengan kaliper 4-piston ByBre di depan, dan brek cakera depan Svartpilen 401 bersaiz 300mm.  Dari segi berat Vitpilen lebih ringan (151kg), manakala Svartpilen (152kg).

husqvarna-svartpilen-250-engine
husqvarna-svartpilen-250

Dimensi kedua-dua model memiliki jarak tinggi tanah 145mm, tinggi pelana 835mm dan jarak roda 1,357mm. Svartpilen 250 (foto atas) pula ialah jentera khas yang sesuai untuk pemilik lesen B2 dengan kuasa 31hp dan tork 24Nm.

ENDURO BIKE

TE 300i ROCKSTAR EDITION
FE 350 ROCKSTAR EDITION
  • TE 250i - RM44,000
  • TE 300i - RM48,500
  • TE 300i Rockstar Edition - RM57,800
  • FE 250 - RM49,000
  • FE 350 Rockstar Edition - RM58,800

Semua model menggunakan frem jenis ganda tengah Husqcradle 25CrMo4 dan subfrem gentian karbon diperkuat poliamida ProTaper. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi WP USD XPLOR 48 dengan travel 300mm di depan dan monoshock linkage WP XACT dengan travel 300mm di belakang.

Bahagian brek depan dan belakang masing-masing menggunakan cakera 260 dan 220mm. Tayar pula bersaiz 90/90-21 (depan) dan 140/80-18 (belakang). Dari segi dimensi, jarak roda berukuran 1,487mm, jarak kelegaan tanah (360mm) dan tinggi pelana (950mm).

Model TE 250i, TE 300i, TE 300i Rockstar Edition memiliki saiz tangki minyak 8.5 liter, manakala FE 250 dan FE 350Rockstar Edition pula 9 liter.

ENDURO

  • FC 250 - RM42,500

Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 249.9cc dan dipadankan transmisi 5-kelajuan jenis klac basah multiplat DS dan hidraulik Magura. Menggunakan frem sama seperti model enduro, manakala bahagian roda FC 250 dilengkapi fork terbalik (USD) WP XACT-USD 48mm dengan travel 310mm (depan) dan monoshock WP XACT dengan linkage dan travel 3oomm (belakang).

Kecekapan membrek diserahkan kepada Brembo 260mm di depan dan 220mm di belakang, manakala tayar bersaiz 80/100-21 (depan) dan 110/90-19 (belakang). Jentera seberat 99.5kg itu dipadankan tangki minyak 7 liter dan tinggi pelana 950mm.

SUPERMOTO

Husaqvana Supermoto_1
Husaqvana Supermoto_2
  • FS 450 - RM50,000

Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 449.9cc yang dipadankan transmisi manual 5-kelajuan. Menggunakan frem sama seperti model enduro, manakala bahagian roda dipadankan fork terbalik (USD) WP XACT-USD 48mm dengan travel 285mm (depan) dan monoshock WP XACT dengan linkage bersama travel 266mm (belakang).

Kecekapan membrek diserahkan kepada brek cakera 310mm (depan) dan 220mm (belakang). Menggunakan silenser jenis aluminium, dan berat jentera 102.8kg dengan saiz tangki minyak 7 liter.

BACA >>> 5 Kapcai Empat Lejang dengan Enjin Paling Berkuasa di Malaysia
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Motosikal Motocross, Enduro dan Dwi-Guna?

611
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, Husqvarna, Husqvarna FE 350Rockstar Edition, Husqvarna Motorcycles Malaysia, Husqvarna Svartpilen 401, Husqvarna Vitpilen 401, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!
    TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my