• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 11K (1915) – Model Pertama Harley-Davidson yang Direka Khas untuk Berlumba

11K (1915) - Model Pertama Harley-Davidson yang Direka Khas untuk Berlumba

August 2, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM dunia motosikal hari ini, nama Harley-Davidson tidak pernah dikaitkan dengan perlumbaan melainkan anda biasa dengan barisan flat track jenama itu. Bagaimanapun, jika mengimbau semula sejarah klasik Harley, pengeluar itu sebenarnya pernah berentap dalam trek. Namun tidak banyak mesin yang masih selamat dan terpelihara dengan baik.

Harley mula menyertai medan perlumbaan seawal 1904 di trek oval Milwaukee Mile, Amerika Syarikat (AS), sekali gus membuka mata pihak media dan peminat dunia permotoran. Namun pihak pengurusan Harley memutuskan untuk tidak lagi menyokong aktiviti tersebut.

BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

Bagaimanapun, sedekad kemudian pada 1914, Harley sekali lagi menyertai satu lagi perlumbaan dengan merekrut pereka Bill Ottoway yang direbut daripada pesaingnya, Thor (sudah tamat riwayat) dan memberikan dia misi untuk menghasilkan motosikal khas untuk berlumba, termasuk menubuhkan pasukan lumba.

harley-davidson-11k-racer-3
harley-davidson-11k-racer-7
harley-davidson-11k-racer-6

Inilah asal usul kenapa Harley-Davidson 11K dicipta dengan dimuatkan enjin 1,000cc V-Twin 45º. Malah, jentera ini dibina tanpa brek, gear atau suspensi (dah macam basikal lajak) dan semua itu dilakukan untuk menjadikan ia sebuah mesin yang pantas.

Model jingga 1915 ini sebenarnya ditemui di Argentina dan siap dibaik pulih kepada spesifikasi asal, termasuk manifold ambilan lumba 1.25 inci, port ekzos 1.25 inci, silinder digilap, rocker tower dan rocker dengan oiler sisi dan atas - komponen spesifik dan unik untuk model ini.

BACA >>> #BikinMotor: Harley-Davidson Bucherer Blue Edition yang Berharga RM7.1 Juta!

Frem dan tangki minyak dibikin semula, manakala warna badan menggunakan cat sebenar seperti model 11K yang disimpan di muzium. Jangan tidak tahu, model Harley ini pernah memenangi gelaran Jentera Paling Cemerlang (Most Outstanding Machine) pada acara klasik dan vintaj di Greenwhich Concours d’Elegance, tahun lalu.

Harley-Davidson 11K (1915) akan dilelong di rumah lelongan Mecum Auction di Monterey, Kanada pada lewat Ogos ini.

SUMBER: RideApart

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Baik Pulih, Harley-Davidson, Harley-Davidson 11K, motosikal, rare, Restoration, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my