Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#RetroAuto: Pedati Bermotor Daimler 1885, Perintis Kenderaan Bermotor
Roda2

#RetroAuto: Pedati Bermotor Daimler 1885, Perintis Kenderaan Bermotor

Abang HirataBy Abang Hirata29/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PEDATI (carriage) bermotor Daimler ciptaan Gottlieb Daimler meraikan ulang tahun ke-140. Kenderaan dua roda dengan enjin silinder tunggal ini bakal dipamerkan semula pada 31 Ogos 2025 di Muzium Mercedes-Benz dalam bentuk replika.

Model asal tahun 1885 bagaimanapun musnah dalam kebakaran besar di kilang Daimler, Cannstatt pada 9 dan 10 Jun 1903.

Platform Teknologi 1885

Pedati bermotor Daimler ini dibangunkan bersama Wilhelm Maybach dan dipatenkan pada 29 Ogos 1885 (DRP No. 36 423, dikeluarkan 11 Ogos 1886).

Ia menjadi kenderaan jalan raya berfungsi pertama dengan enjin pembakaran dalaman dan satu pencapaian penting dalam sejarah mobiliti individu.

Di hadapan pemandu pedati bermotor Daimler 1885 terdapat dua tuil:

  • Pemegang logam kiri: mengawal pembentukan campuran bahan api dan udara.
  • Tombol kayu: mengaktifkan sistem pacuan atau memperlahankan roda belakang melalui brek blok (brek penyendal).

Kawalan ini mewakili dua inovasi asas yang merevolusikan pengangkutan individu 140 tahun lalu:

  1. Pembangunan enjin pembakaran dalaman berkelajuan tinggi, kompak dan sesuai untuk pengeluaran besar-besaran.
  2. Enjin tersebut berjaya diintegrasikan ke dalam kenderaan jalan raya.

Sistem Pencucuhan Tiub Pijar (Glow-Tube Ignition)

 

Di belakang pemandu terdapat tangki tembaga kecil dengan corong dan pam. Sekilas pandang ia seperti tangki petrol, namun fungsinya bukan untuk menggerakkan enjin.

Tangki ini sebenarnya membekalkan bahan api untuk nyalaan tiub pijar enjin Daimler yang merupakan bahagian paling penting dalam operasi kenderaan ini.

Pada 3 April 1885, Daimler memfailkan paten bagi enjin berkelajuan tinggi dengan silinder menegak, yang kemudian digelar “grandfather clock” kerana bentuknya yang unik.

Setengah Kuasa Kuda, Visi Besar

Daimler dan Maybach membangunkan enjin perintis ini selama dua tahun. Dalam pedati bermotor, enjin “grandfather clock” mampu menghasilkan 0.37 kW (0.5 hp) pada 600 rpm.

Visi Daimler sangat jelas iaitu pengangkutan bermotor di darat, air dan udara. Tidak lama kemudian, ia menjadi realiti:

  • 1886: digunakan pada kereta bermotor Daimler.
  • 1886: digunakan pada bot bermotor.
  • 1887: digunakan pada kenderaan rel.
  • 1888: digunakan pada belon udara.

Pertukangan & Kejuruteraan Era 1880-an

Pedati bermotor Daimler ialah gabungan pertukangan kayu tradisional dan kejuruteraan moden.

  • Rangka kayu & roda kayu: hasil kerja tukang kereta.
  • Tayar besi: hasil kerja tukang besi.
  • Transmisi kuasa: menggunakan tali kulit dari aci engkol ke kotak gear pengurang, sama seperti sistem transmisi enjin stim.

Walaupun tiada pertukaran gear moden, tali kulit boleh dipasang pada dua takal berdiameter berbeza, membolehkan dua nisbah tetap.

Kotak gear pengurang dengan pinion dan gear cincin pula menunjukkan tahap kejuruteraan moden ketika itu. Manakala hendal lurus dipercayai diinspirasikan daripada basikal keselamatan dengan roda sama saiz yang popular pada dekad sama.

Imbangan dengan Roda Sokongan

Pedati bermotor Daimler boleh mencapai kelajuan sehingga 12 km/j. Untuk menstabilkan tunggangan, ia dilengkapi roda sokongan.

Walaupun roda ini menyukarkan selekoh tajam, ia dianggap ciri keselamatan penting, terutama ketika pedati ini diuji pada zaman moden.

Tujuan utama kenderaan ini bukan untuk kelincahan, tetapi membuktikan enjin pembakaran dalaman berfungsi pada kenderaan jalan raya.

Permulaan Era Mobiliti Individu

Pada 10 November 1885, anak Daimler, Adolf, menunggang pedati bermotor sejauh kira-kira tiga kilometer dari Cannstatt ke Untertürkheim dan kembali semula.

Eksperimen itu berjaya membuktikan idea kenderaan bermotor. Hanya setahun kemudian, enjin dipindahkan ke kereta bermotor menandakan bermulanya era baharu mobiliti individu.

Daimler gottlieb daimler Mercedes-benz
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.