Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Patrol – SUV Nissan Pertama Popular yang Dikeluarkan di Kilang Eropah
Autotainment

#RetroAuto: Patrol – SUV Nissan Pertama Popular yang Dikeluarkan di Kilang Eropah

Abang HirataBy Abang Hirata29/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Sejak ura-ura dan selepas pelancaran Proton X70, semakin ramai membuka mata tentang segmen kenderaan utiliti sukan (SUV). Segmen ini sudah sedia popular di Eropah dan Amerika, tetapi dilihat masih baharu untuk pasaran tempatan dan seakan jadi kewajipan pengeluar memasarkannya.

Segmen SUV lima kerusi dilihat berada di paras premium, dengan varian paling rendah dijual pada paras harga sekitar RM100,000. Walaupun dikatakan segar dan menjadi idaman ramai, tetapi SUV sebenarnya sudah pun lama berada di pasaran. Mungkin dengan nama lain seperti jip lasak, Mitsubishi Pajero atau jip urban Suzuki Vitara.

BACA >>> Nissan Qashqai – SUV Jepun Ini Menang Anugerah Kereta Buatan Britain Terbaik!

Honda HR-V yang begitu popular di Malaysia sekarang ini pun ialah model generasi kedua. Sebelum itu, HR-V generasi pertama sudah berada di pasaran sejak 1998 hingga 2006. Jika SUV kini banyak memberi keuntungan kepada pengeluar, suatu masa dulu, senario yang sama turut berlaku.

Di Eropah, barisan SUV keluaran Nissan seperti Juke, Qashqai dan X-Trail begitu popular. Kejayaan itu boleh dirujuk kepada jip atau SUV besar Nissan Patrol. Bukan saja bersaiz besar, Patrol juga memberikan impak besar dan dilihat sebagai pembuka jalan kepada Nissan untuk menembus pasaran di Eropah.

MODEL NISSAN PERTAMA DI KILANG EROPAH

Pada 1983, Patrol ialah kenderaan Nissan pertama dikeluarkan di Eropah, iaitu di kilang Zona Franca, Barcelona, Sepanyol. Patrol kemudian dijual di Eropah selama 18 tahun hingga 2001 dengan pengeluaran mencecah 196,000 unit.

Patrol laku keras, dengan nisbah 1:2 SUV di Sepanyol ialah model Nissan itu. Malah, pegangan pasaran Patrol pula 52 peratus. Dari Sepanyol, Patrol dieksport ke serata Eropah dan pelbagai negara lain seperti Angola, Argentina, New Caledonia, Tanzania dan Uruguay. Patrol juga digunakan untuk berlumba dalam Rali Paris-Dakar pada 1987.

Kejayaan Patrol mendorong Nissan mengeluarkan lebih banyak SUV dan pikap di kilang Zona Franca. Pada 1993, Nissan mengeluarkan Terrano II sebanyak 375,000 unit hingga Mei 2005 sebelum digantikan Pathfinder dan trak pikap Navara generasi pertama.

BACA >>> Nissan Murano (2019) Dapat Kemas Kini Sederhana dengan Pakej Teknologi Moden

Nissan Patrol
Nissan Patrol
Nissan Patrol (1983)
Nissan Patrol Safari Untuk Timur Tengah
Nissan Patrol (1983)
Nissan Patrol
Nissan 4×4: Patrol GR, Terrano, trak pikap, X-Trail
4x4 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kilang Zona Franca Nissan Nissan Armada Nissan Eropah Nissan Patrol Nissan Patrol (1983) RetroAuto Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Toyota GR86 2027 Terima Warna Thunder Baharu, Penambahbaikan Kawalan, Kabin dan Keselamatan

    02/06/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

    26/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie02/06/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.