• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Murano (2019) Dapat Kemas Kini Sederhana dengan Pakej Teknologi Moden

Nissan Murano (2019) Dapat Kemas Kini Sederhana dengan Pakej Teknologi Moden

December 3, 2018 By Azhan O Leave a Comment

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERSAMA Maxima (2019), Nissan turut menambah baik kenderaan utiliti popular, Murano sempena tahun depan dengan menambah beberapa ciri dan gaya supaya tampak relevan di pasaran massa dan kini ditayangkan di Pameran Auto Antarabangsa Los Angeles (LAIAS) 2018.

Penampilan Murano (2019) kini lebih menonjol dengan gril V-Motion yang menjadi signatur model-model baharu Nissan dan disempurnakan teknologi LED untuk semua sistem lampu SUV saiz pertengahan ini. Rekabentuk rim direka semula dengan menawarkan opsyen saiz 18 dan 20 inci, termasuk warna badan diperbaharui, Deep Blue Pearl (biru), Sunset Drift Chromaflair (jingga) dan Mocha Almond Pearl (coklat).

BACA >>> Nissan Murano (2018) Naik Harga dengan Tambahan Ciri Keselamatan

KABIN DISEGARKAN

2019 Nissan Murano
2019 Nissan Murano
2019 Nissan Murano

Ruang kabin disegarkan semula dengan kemasan dalaman baharu menerusi aksen metalik dan kayu warna cerah dan gelap. Paling menonjol ialah material kulit semi anilina dengan paten berlian untuk kemasa kerusi. Model gred atas, Platinum diberikan pad perehat lengan di konsol tengah dan panel pintu untuk ekstra keselesaan.

Murano (2019) turut dilengkapkan sistem infotainment NissanConnect dengan skrin multisentuh 8 inci sebagai standard, dan disepadukan bersama Apple CarPlay dan Android Auto. Model SL dan ke atas dipakejkan bersama sistem navigasi versi kemas kini 2019 yang mampu memaparkan bentuk bangunan dalam tiga dimensi (3D), memberikan imej satelit dan membenarkan carian Internet untuk lokasi hendak dituju atau POI (points of interest).

Sama seperti model baharu Nissan lain, Murano (2019) baharu ini dibekalkan dengan Nissan Safety Shield 360 yang terdiri daripada enam teknologi termaju untuk membantu pemandu dan mengelak perlanggaran. Ini termasuk:

  • Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki
  • Monitor Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Parkir Automatik Belakang (RAP)

Bagi perlindungan tambahan, SUV ini siap dipasangkan beg udara impak sisi di kerusi baris kedua dan beg udara lutut untuk penumpang depan.

Murano (2019) versi facelift ini ditawarkan dalam empat varian: S, SV, SL dan Platinum, dengan menyediakan dua opsyen trim, termasuk pakej premium untuk varian pertengahan SV. Pakej Platinum memberi peluang kepada pembeli untuk melengkapkan kereta mereka dengan monitor 360º, Around View bumbung bulan panoramik, sistem bunyi Bose 11 pembesar suara, dan lain-lain. Pakej SL Technology menawarkan ciri Safety Shield 360, pengecaman tanda jalan dan bumbung bulan.

BACA >>> Ghosn: "Saya Tak Buat Salah Apa"

Akhir sekali ialah trenkuasa di sebalik bonet. Sesuai dengan cita rasa gaya Amerika, Murano (2019) baharu ini dikuasakan enjin 3.5L V6 berkuasa 260hp dan tork 325Nm dengan transmisi variabel berterusan (CVT) Xtronic dalam pilihan sistem pacuan semua roda (AWD) dan roda depan (FWD).

Murano (2019) facelift ini akan berada di bilik pameran seluruh Amerika Syarikat (AS) bulan ini.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Artikel Berkaitan

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), LAIAS 2018, Nissan, Nissan Murano (2019), Nissan Murano Facelift, Nissan Safety Shield 360, Nissan USA, Pameran Auto Antarabangsa Los Angeles (LAIAS) 2018, Roda4, SUV, SUV saiz pertengahan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my