Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Maxima (2019) dengan Teknologi Baharu dan Gaya Diperhalusi
Roda4

Nissan Maxima (2019) dengan Teknologi Baharu dan Gaya Diperhalusi

Han OthmanBy Han Othman02/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN Maxima ialah sedan saiz pertengahan yang dijual untuk pasaran Amerika Utara, Timur Tengah dan China. Kalau di Asean, misalnya Malaysia, pengeluar automotif dari Jepun itu menawarkan Teana sebagai sedan segmen-D untuk bertemput dengan pesaingnya, Honda Accord dan Toyota Camry.

Selepas beberapa tahun di pasaran, Maxima menampikan kemas kini terbaharu supaya tampil lebih segar sepanjang 2019 dan kini ditayangkan sempena Pameran Auto Antarabangsa Los Angeles (LAIAS) di Amerika Syarikat (AS).

BACA >>> Nissan Altima (2019) Akan Perkenal Enjin 2.0L Turbo dengan Sistem AWD

Komponen major seperti enjin dan struktur kekal tidak berubah, masih dijana trenkuasa 3.5L V6 berkuasa 300hp, tetapi perincian kosmetik diperhalusi, termasuk menambah baik aspek teknologi luaran dan dalaman.

Luaran depan dan tengah menampilkan gril besar V-motion sebagai pengenalan signatur untuk model-model baharu Nissan, manakala lampu dengan teknologi LED dijadikan ciri standard. Lampu belakang dan fasia dirombak, serta diberikan paip ekzos kuad, iaitu satu outlet untuk setiap satu setengah silinder. Padu!

Varian SR didatangkan dengan spoiler baharu untuk rupa sporty. Warna baharu turut ditawarkan, dipanggil Sunset Drift (jingga). Mengiringi SR ialah 4 lagi varian, iaitu S, SV, SL dan Platinum. Model paling premium diserlahkan dengan rim potongan berlian 19 inci, yang melengkapkan ciri sedia ada yang ditambah baik seperti casis ditala semula, dengan talaan semula pada stereng, suspensi dan brek.

DALAMAN DIPERBAHRUI, LEBIH SEGAR

Material ruang dalaman dinaik taraf dengan sulaman baharu, paten kerusi dan gril pembesar suara dikemas kini. Varian Platinum Reserve dikemaskan dengan kulit semi-anilina, sama seperti ditawarkan Nissan untuk supercar GT-R, termasyk akses satin-gangsa

Nissan turut memperbaharui teknologi kenderaan dengan sistem Nissan Safety Shield 360, iaitu pakej litar dan perisian yang memuatkan enam ciri bantuan pemandu termaju. Ia terdiri daripada:

  • Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki
  • Monitor Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Parkir Automatik Belakang (RAP)

Semua ciri di atas diberikan standard untuk varian Platinum dan dipekkan dengan SR Premium Package.

Bagi model 2019, Nissan Safety Shield 360 turut ditawarkan pada kenderaan utiliti sukan (SUV) Rogue, Rogue Sport, dan Murano, dan sedan Altima. Teknologi ini akan perlahan-lahan menjadi ciri standard untuk lebih sejuta kenderaan baharu Nissan yang akan dijual di AS menjelang 2021.

BACA >>> Nissan Rogue Sport – X-Trail Versi Adik untuk Pasaran Amerika

Maxima ialah model 4-pintu flagship Nissan untuk bersaing dalam segmen sedan di AS walaupun berlaku perubahan trend kepada SUV. Apa yang membanggakan Nissan tentang model ini ialah reputasi yang diraih dari segi kualiti. Menurut survey JD Power Initial Quality Study, Maxima ialah model yang mendapat rating paling tinggi dalam segmen kereta besar, kedua tertinggi di kalangan semua kenderaan yang dinilai di negara Uncle Sam itu.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

JD Power Initial Quality Study LAIAS 2018 Nissan Nissan Maxima (2019) Nissan Teana Pameran Auto Antarabangsa Los Angeles (LAIAS) 2018 Sedan sedan saiz pertengahan sedan segmen-D
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

22/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.