• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Rogue Sport - X-Trail Versi Adik untuk Pasaran Amerika

Nissan Rogue Sport - X-Trail Versi Adik untuk Pasaran Amerika

November 27, 2018 By Abang Hirata 1 Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN mempunyai strategi berbeza berbanding pengeluar automotif Jepun lain dari segi kitaran hayat sesebuah model. Pengeluar itu cenderung melanjutkan hayat sesuatu model yang biasanya 5 tahun kepada 6 tahun atau lebih.

Misalnya, Almera dan Grand Livina masih lagi berada di pasaran sedangkan pesaing lain sudah melancarkan model baharu. Nissan baru-baru ini melancarkan Teana wajah baharu di Thailand, tetapi pada masa sama pasaran Amerika Syarikat (AS) sudah menerima Teana (disebut Altima) serba baharu. Sebaliknya di Malaysia, Teana dan Sylphy sudah tiada dalam senarai produk di laman web rasmi Nissan.

BACA >>> 5 Fakta Pantas Tentang Nissan X-Trail X-Tremer, Baru Lancar di Malaysia

Walaupun masih menyimpan model lama, Nissan ada beberapa model hebat seperti Note, Versa, Qashqai, Kicks, Altima dan LEAF di pasaran global.

'ADIK X-TRAIL'


Satu lagi model global popular Nissan ialah kenderaan utiliti sukan (SUV), X-Trail yang terbaharu tampil menarik dan cukup ramuan dengan konfigurasi tempat duduk 7 kerusi. Model itu dipasarkan di pelbagai negara di rantau Asia, Eropah dan AS. Namun, tidak semua X-Trail memiliki spesifikasi sama di setiap pasaran.

Di Thailand dan Indonesia, pelanggan boleh dapatkan X-Trail Hybrid. Di AS, strategi Nissan langsung berbeza kerana model SUV itu di sana menawarkan famili X-Trail, atau dikenali sebagai Rogue dalam 2 model berbeza.

Rogue merujuk kepada X-Trail, manakala Rouge Sport ialah model penjenamaan semula atau rebadge Qashqai seperti di Eropah. Qashqai tampil dengan rekabentuk bergaya dan disasarkan kepada peminat SUV kompak. Saiznya lebih kecil berbanding X-Trail.

Bagi gambaran lebih jelas, Qashqai berada dalam segmen SUV segmen C, sama seperti Honda CR-V, Kia Sportage, Hyundai Tucson dan Mitsubishi ASX.

BACA >>> Nissan Qashqai - SUV Jepun Ini Menang Anugerah Kereta Buatan Britain Terbaik!

Dari depan, Rogue Sport tampil dengan gril V Motion dengan rupa mirip X-Trail. Tidak salah jika ia dipanggil adik kepada X-Trail. Rupa belakang langsung berbeza menerusi penggunaan lampu boomerang yang menjadi identiti model baharu Nissan.

Berikut  ciri Nissan Roque Sport (2019) versi AS:

  • Dilengkapi ciri canggih teknologi bantuan pemanduan ProPILOT Assist dan Nissan Safety Shield 360.
  • Safety Shield terdiri daripada Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Brek Belakang Automatik (ARB), Amaran Tukar Lorong (LDW), Amaran Titik Buta (BSW) melalui Radar, Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA).
  • Turut dilengkapi Kawalan Jelajah Pintar (ACC) dan Intervensi Pintar Penukaran Laluan (I-LI).
  • Sistem Amaran Pintu Belakang (RDAS) yang mampu memberikan amaran supaya pemandu memeriksa kerusi belakang jika kanak-kanak atau barang tertinggal.
  • Sistem multimedia dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Sistem audio Bose dengan 9 pembesar suara
  • Ada 2 opsyen pacuan: Pacuan Roda Depan (FWD) dan Pacuan Semua Roda (AWD) Pintar @ i-AWD
  • Ada 2 varian: S, SV dan SL
  • Dibekalkan enjin 2.0L dengan transmisi Xtronic

Nissan Rogue Sport (2019) dipasarkan di AS pada harga bermula AS$22,240 (RM93,285) untuk varian S FWD hingga AS$29,310 (RM122,940) untuk varian paling premium SL AWD.

Menarik dan canggih bukan? Diharapkan ETCM dapat menawarkan spesifikasi setanding ini untuk X-Trail tempatan berbanding hanya menumpukan kepada varian istimewa dengan perubahan kosmetik.

BACA >>> Nissan X-Trail 4Dogs - SUV Konsep yang Mesra-Anjing

Related

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor (ETCM), ETCM, Nissan, nissan qashqai, Nissan Rogue, Nissan Rogue Sport, Nissan X-Trail

Comments

  1. puan is says

    May 3, 2019 at 9:02 AM

    ingin tahu mengenai nissan rogue, sudah ada di malaysia atau untuk tahun hadapan. Harga di pasaran Malaysia dan cc camne..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev