• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Murano (2018) Naik Harga dengan Tambahan Ciri Keselamatan

Nissan Murano (2018) Naik Harga dengan Tambahan Ciri Keselamatan

November 19, 2017 By Aryon 1 Comment

496
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Murano (2018) - diiklankan sebagai 2017.5 - mengumumkan kenaikan harga, tetapi disertakan bersama beberapa ciri teknologi standard baharu bagi semua varian kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan itu.

Dijual bermula AS$31,525 (RM131,002) di pasaran Amerika Syarikat (AS), harga Murano (2018) meningkat AS$780 (RM3,241) lebih mahal berbanding model 2017. Bagaimanapun, SUV itu kali ini diberikan teknologi keselamatan Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan Perlanggaran Depan Pintar (I-FCW) sebagai ciri standard semua varian.

Varian SV (gred pertengahan) pula, yang bermula harga AS$34,825 (RM144,715), dibekalkan Amaran Titik Buta (BSW) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) yang mana ciri berkenaan sebelum ini cuma ada pada varian SL dan Platinum sahaja. Malah, ciri Kawalan Jelajah Pintar (ICC) juga menjadi ciri standard SL, dan termasuk dalam Pakej Premium SV. Varian SL bermula AS$39,225 (RM162,999).

nissan-murano-2018-19
nissan-murano-2018-4
nissan-murano-2018-21
nissan-murano-2018-23

Sementara itu, varian paling premium, Murano Platinum berharga AS$42,955 (RM178,499) dan kini menampilkan panel dual bumbung bulan (moonroof) sebagai standard. Ciri tersebut turut ditawarkan sebagai opsyen untuk varian SL dalam bentuk Pakej Bumbung Bulan SL bagi model 2018.

BACA >>> Dunia Game dan Trek Bersatu, Pelumba Pandu Nissan GT-R Guna Alat Kawalan PlayStation

Nissan Murano (2018) dikuasakan enjin 3.5L V6 berkuasa 260hp bersama transmisi Xtronic termaju. Jika mahu model pacuan semua roda (AWD), pembeli perlu menambah AS$1,600 (RM6,648) daripada harga ditawarkan.

Setakat ini, masih tiada khabar bahawa Nissan Malaysia menerusi Edaran Tan Chong Motor akan membawa masuk SUV mewah ini ke pasaran tempatan. Jadi, peminat Murano terpaksalah membeli belah di mana-mana bilik pameran pengedar import terdekat.

GALERI

SUMBER: Nissan USA

496
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan, Nissan Murano, Nissan Murano (2018), Nissan Murano 2017.5, Nissan USA, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my