Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Mazda Pernah Hasilkan Bas Mini dengan Enjin Rotari Tapi Tak Laku
Autotainment

#RetroAuto: Mazda Pernah Hasilkan Bas Mini dengan Enjin Rotari Tapi Tak Laku

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/07/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGELUAR kereta Jepun, Mazda sangat sinonim dengan enjin rotari yang dicipta jurutera Jerman, Felix Wankel pada zaman 60-an.

Hadir dengan rekaan ringan dan lebih berkuasa daripada enjin piston biasa ketika itu, enjin tersebut sangat ideal untuk kereta sport dan menjadi nadi kepada barisan model prestasi tinggi Mazda seperti RX-7 dan RX-8.

Walaupun selalu digunakan pada kereta sport, tahukah anda sebenarnya Mazda juga pernah membuat percubaan berani dengan meletakkan enjin rotari pada bas mini?

BACA >>> #RetroAuto: Mazda Miata – Roadster Popular Unik Lebih Tiga Dekad
BACA >>> Demi Peminat, Mazda Hasilkan Semula Komponen MX-5 Mk1

Mazda Light Bus (1965)

Pada 1964, Mazda memperkenalkan Mazda Light Bus sempena PameranMotor Tokyo. Model itu ialah bas mini 25-kerusi dengan ciri selesa dan pintu belakang ‘freestyle’ yang membuatkan ia juga boleh digunakan sebagai ambulans. 

Pada 1972, Mazda memutuskan mengemas kini model tersebut apabila memperkenalkan Parkway 26 dengan menambah satu kerusi. Masih lagi menumpukan aspek keselesaan, bas mini itu hadir dengan teknologi canggih seperti sistem pemanas. 

KENAPA GUNA ENJIN ROTARI PADA BAS MINI?

Asalnya, Mazda menggunakan enjin petrol 2.0L dan enjin diesel berkapasiti 2.5L dan 2.7L untuk bas mini berkenaan. 

Mazda RX-3

Namun, pada era 70-an, isu pencemaran mula menjadi topik hangat, dan Mazda mengambil langkah awal memperkenalkan enjin rotari 13B daripada model RX-3 untuk Parkway 26. Ini kerana enjin 13B mempunyai emisi rendah, tetapi masih mampu memberi kuasa diperlukan.

Namun, dengan berat hampir tiga tan, bas mini itu memerlukan sepasang tangki minyak 70 liter untuk menyokong enjin yang tidak efisien. Sebuah lagi enjin 1,000cc juga diperlukan untuk menghidupkan penyamn udara yang hadir sebagai pilihan.

Semua itu membuatkan kos penggunaan Parkway 26 dengan enjin rotari jadi sangat tinggi dan tidak menarik minat pembeli. Mazda hanya mampu menjual 44 unit sahaja sebelum pengeluaran dihentikan pada 1977. 

Populariti rendah model itu pada zamannya juga menjadikan model tersebut sangat sukar dicari hari ini. Menurut Mazda, adasatu model dipamerkan di Muzium Klasik Mazda, Ausburg, Jerman.

Kalau anda ada duit dan PKP sudah habis, bolehlah melawat muzium ini akalu ada kelapangan.

BACA >>> Polis: ‘Mazda Kembar’ di Bangi Bukan Klon, Tapi Kereta Curi
BACA >>> Mazda Perkenal Edisi Aniversari ke-100 Tahun untuk Semua Model

SUMBER: TopGear.com

Bas Mini enjin rotari Felix Wankel mazda Mazda Light Bus Mazda Parkway 26 minibus Retro Auto Rotary
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.