Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Demi Peminat, Mazda Hasilkan Semula Komponen MX-5 Mk1
Aksesori

Demi Peminat, Mazda Hasilkan Semula Komponen MX-5 Mk1

Abang HirataBy Abang Hirata23/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIADA apa yang lebih menggembirakan pemilik kereta selain kenderaan mereka dihargai pengeluar. Program baik pulih model lama berstatus vintaj dan klasik semakin mendapat tempat dan inilah ditawarkan Mazda untuk MX-5 generasi pertama (Mk1).

Mazda MX-5 diperkenalkan pada Pameran Motor Chicago 1989 dan model itu terus berganti generasi desmi generasi sehingga kini. Walaupun sudah berusia lebih tiga dekad, konsep dan rekabentuk MX-5 kekal sama mengalami evolusi dengan membawa falsafah Jinba Ittai yang mementingkan hubungan antara pemandu dan kereta.

Falsafah ini turut digunakan setiap model keluaran Mazda masa kini.

BACA >>> Mazda3 Turbo (2021) Lancar di Amerika (250hp, 434Nm), Harga Mula RM123k

SEJUTA UNIT, EMPAT GENERASI

Pasaran kereta sebegini tidak besar, tetapi Mazda berjaya menjual lebih sejuta unit MX-5 merentasi empat generasi dan model ini juga menjadi roadster 2-pintu terlaris dunia. Ada banyak kereta idaman yang sukar diperoleh hingga mencari unit rekon, tetapi berbeza MX-5 kerana model ini boleh dibeli terus dari bilik pameran Mazda tempatan secara rasmi.

Walaupun sudah berganti tiga generasi, MX-5 generasi pertama tetap dekat di hati ramai peminatnya. Ia kekal popular dalam kalangan peminat kereta sport.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, model ini mula mendapat perhatian untuk dipelihara, dinikmati dan dibaik pulih. Dengan populariti, status langka dan nilai yang meningkat naik, terutama sekali model asal dari Britain, MX-5 berada pada aras dan status klasik tersendiri.

Sekarang, ada berita baik buat peminat MX-5 apabila Mazda Corporation mengumumkan kesediaan mengeluarkan semula komponen MX-5 Mk1 yang membolehkan model itu terus dinikmati untuk tahun-tahun mendatang.

Mazda pada 2017 pernah menawarkan khidmat baik pulih untuk MX-5 NA Roadster di Jepun yang dibuat pasukan pakar Mazda sendiri dengan tempoh masa sekitar dua bulan.

Secara keseluruha, ada 117 unit pemanduan kiri dan 156 unit komponen pemanduan kanan yang tersedia untuk projek baik pulih MX-5 Mk1. Bagi memastikan komponen paling dikehendaki sedia ditawarkan, Mazda menemui pakar penjual dan kelab peminat MX-5 serata Eropah.

BACA >>> Polis: ‘Mazda Kembar’ di Bangi Bukan Klon, Tapi Kereta Curi

Semua komponen dihasilkan di Jepun menggunakan teknologi moden dengan kualiti bahan tertinggi selain mengekalkan rupa dan fiil komponen asal. Antara komponen ditawarkan dan sentiasa dicari ialah bumbung fabrik dengan skrin belakang dibuat menggunakan bahan yang sama seperti versi asal.

Meneruskan pendekatan tulen dan asli, Enkei Wheels mengeluarkan rim aluminium yang menyamai rekabentuk asal dengan teknologi moden yang lebih ringan dan tahan lasak. Selain luaran, Mazda juga mengeluarkan komponen kemasan dalaman, mekanikal, bolt dan washer lebih kecil.

Berdasarkan rekod, ada 20,132 unit MX-5 Mk1 diimport secara rasmi ke Britain. Tawaran terbaru untuk pelanggan di sana ialah MX-5 2.0L 100th Anniversary Special Edition dan 1.5L R-Sport.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?

GALERI
alat ganti Auto Terkini Komponen Komponen Mazda MX-5 Mk1 mazda Mazda MX-5 Mazda MX-5 Mk1 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.