Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda3 Turbo (2021) Lancar di Amerika (250hp, 434Nm), Harga Mula RM123k
Roda4

Mazda3 Turbo (2021) Lancar di Amerika (250hp, 434Nm), Harga Mula RM123k

Abang HirataBy Abang Hirata21/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA cantik yang sepadan kuasa, itulah boleh digambarkan pada Mazda3 2.5 Turbo (2021) pasaran Amerika Syarikat (AS) ini.

Mazda3 dengan nadi Skyactiv-G 2.5L Turbo mempunyai kuasa setinggi 250hp dan tork 434Nm yang dipadankan sistem pacuan semua roda (AWD) i-Activ, manakala transmisi jenis automatik 6-kelajuan Skyactiv-Drive. Output sebesar itu dapat dijana jika menggunakan petrol premium oktana 93, dan menurun kepada 227 hp, 420 Nm apabila menggunakan petrol oktana 87.

Rekabentuk cantik, trenkuasa prestasi tinggi dan pacuan semua roda, semua ini jelas menjadi formula menggiurkan untuk peminat kereta penumpang berprestasi.

BACA >>> Mazda Perkenal Siri Carbon Edition (2021) dengan Warna Kelabu Kusam Baharu

Selain berkuasa tinggi, Mazda3 2.5 Turbo ini tampil lebih agresif dengan pakej Premium Plus yang mana pembeli ditawarkan kit badan seperti pengempang udara (air dam) pada bampar depan dan spoiler bumbung, termasuk pilihan difuser belakang dan skirt sisi.

Bagi semua model Mazda3, pelanggan boleh mendapatkan rim BBS 18 inci warna hitam kilat.

Berikut ciri standard Mazd3 2.5 Turbo (2021):

  • Stereng kulit dengan fungsi pemanas dan pedal syif.
  • Cermin pandang belakang tanpa frem dan kemasan krom pada laci papan pemuka dan butang tekan mula (push-start).
  • Paparan dongak (HUD) Active Driving Display Mazda.
  • Bumbung bulan (moonroof) berkuasa, kerusi dengan pemanas, dan gril pembesar suara aluminium.
  • Teknologi i-Activsense dengan Kawalan Jelajah Radar Mazda (MRCC), Sokongan Brek Pintar (SBS), Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Tukar Lorong (LDW) dengan Bantuan Kekal Lorong (LKA) , Amaran Perhatian Pemandu (DAA), Lampu Depan Adaptif (AFS) dan Kawalan Lampu Suluh Tinggi (HBC).
  • Muncung ekzos lebih besar, cermin sisi dan gril hitam kilat, dan logo TURBO pada but dan penutup enjin.

Selain enjin turbo, Mazda3 (2021) turut didatangkan dengan dua enjin aspirasi natural (NA), 2.0L Skyactiv-G atau 2.5L Skyactiv-G dan pilihan AWD i-Activ dengan harga disyorkan AS$20,500 (RM84,350).

Harga Mazda3 2.5 Turbo bermula AS$29,900 (RM123,020). Penawaran model turbo ini sebenarnya mengingatkan kepada Mazda3 MPS yang pernah ditawarkan suatu masa dulu.

Lagi persoalan menarik, adakah Mazda3 2.5 Turbo (2021) dapat ditala hingga mampu menyaingi Civic Type R?

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?

GALERI
mazda Mazda SkyActiv Mazda USA mazda3 Mazda3 2.5 Turbo Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.