Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Mazda Miata – Roadster Popular Unik Lebih Tiga Dekad
Autotainment

#RetroAuto: Mazda Miata – Roadster Popular Unik Lebih Tiga Dekad

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA MX-5 Miata atau lebih dikenali sebagai Miata di Amerika Utara adalah model roadster konvertibel dua kerusidengan enjin diposisikan bawah bonet dan pada masa sama menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD).

Model ini dibina berasaskan falsafah rekabentuk Jinbai Ittai yang bermaksud ‘penyatuan kuda dan penunggang’ (oneness of horse and rider). Dalam bahasa lebih lebih mudah, Miata ialah sebuah kereta yang ringan, berteknologi moden, dinamik dan seimbang serta memiliki rekabentuk canggih.

BACA >>> Mazda MX-5 Eunos Edition (2020) – 10 Unit untuk Pasaran Perancis Sahaja

1. GENERASI NA: 1989-1998

Miata melakukan debut pada 1990 dengan menampilkan enjin sebaris I4 1.6L B6ZE(RS) DOHC berkuasa 116hp dan tork 150Nm serta ditawarkan dalam dua pilihan transmisi, manual 5-kelajuan, dan automatik 4-kelajuan. Roadster ini mampu mencapai kelajuan maksimum 186kmj.

 

2. GENERASI NB: 1998-2005

Model generasi kedua Miata ini tampil dengan gaya lebih moden, tetapi tanpa lampu utama jenis pop-up yang tidak lagi digunakan kerana dikhabarkan mengancam keselamatan pejalan kaki. Jika Mazda berkeras menggunakan lampu jenis pop-up, Miata pasti gagal dalam ujian tahap keselamatan pejalan kaki.

Miata generasi kedua ini menggunakan enjin sama seperti model terdahulu, 1.8L dengan nisbah mampatan lebih tinggi yang membantu meningkatkan kuasa kepada 140hp dan tork 157Nm.

Ramai peminat Mazda percaya model Miata paling agung muncul pada 2004, iaitu versi Mazdaspeed yang dilengkapi sistem pengecas turbo. Trenkuasa Miata idaman ramai itu mampu meledakkan kuasa setinggi 178hp dengan tork maksimum 225Nm!

Model 2004 juga menerima pelbagai komponen naik taraf seperti sistem absober Bilstein, spring koil dipertingkat dan rim 17 inci dengan profil tayar lebih lebar.

BACA >>> Kereta Sport Jadi Kenderaan Berniaga, Mamat Jepun Jual Keledek Guna Mazda MX-5

3. GENERASI NC: 2005-2015

Bermula 2005, Mazda cuba menyeragamkan nama semua model kenderaan. Sebahagian besar nama barisan kenderaan Mazda diberikan nombor yang mendorong pengeluar itu menggugurkan nama Miata untuk model generasi ketiga. Mazda memanggil roadster itu sebagai MX-5.

Perubahan nama in seakan tidak memberi sebarang makna kepada peminat Miata kerana mereka tetap memanggil roadster ikonik itu sebagai Miata.

MX-5 generasi ketiga dipacu enjin sebaris I4 2.0L MZR L8-DE DOHC berkuasa 170hp dan tork 190Nm. Model ini memiliki fizikal lebih besar dan berat, iaitu lebih satu tan berbanding dua model terdahulu. Rekabentuk MX-5 ini juga diperhalusi elemen moden dan disertakan ciri keselesaan, manakala sistem transmisi dipertingkat kepada manual 6-kelajuan atau automatik 6-kelajuan, dan ada pula pedal syif!

MX-5 turut dilengkapkan bumbung keras boleh buka elektrik berbanding konvertibel tradisional yang menyerlahkan gaya sebuah coupe.

4. GENERASI ND: 2015 – HINGGA KINI

MX-5 terkini, yang juga model generasi keempat famili Mazda, seperti sudah kembali kepada sifat asal menerusi rekabentuk ringkas, mudah dan diperhalusi semula dengan mengekalkan rekaan moden.

Model ini ditawarkan dalam dua pilihan enjin baharu: 1.5L SkyActiv-G DOHC atau 2.0L SkyActiv-G DOHC. Kali ini trenkuasa diperkenalkan direndahkan output kuasa kepada 155hp dan tork 200Nm, lebih rendah daripada generasi terdahulu.

Berat kereta juga diturunkan semula kepada satu tan, yang menyamai model generasi NA. Sistem transmisi MX-5 masih kekal dua pilihan, iaitu manual 6-kelajuan atau automatik 6-kelajuan.

Mazda pernah mempelbagaikan varian MX-5 dengan pengenalan versi retrak, RF (retractable fastback) pada 2016 dan model edisi khas seperti Levanto (2016) serta model dengan tandatangan Yamamoto (2018).

Walaupun zaman berganti zaman, tetapi Miata tetap popular sebagai model roadster. Dengan usia Miata (atau MX-5) yang sudah menjangkau 30 tahun, ramai masih kekal menyukai model ini, sama seperti ia mula-mula diperkenalkan pada 1989.

MX-5 dianggap sebagai antara model roadster berjaya dengan tanda harga berpatutan dan tawaran kuasa prestasi tinggi. Ini membuatkan model itu mamsih mampu kekal sebagai pilihan model kereta terbaik dalam segmen pasaran kompetitif.

BACA >>> Mazda MX-5 RF (2019) Versi Kemas Kini Sudah Ada di Malaysia, Harga Bermula RM259k

SUMBER: : Carmudi

autotainment mazda Mazda Miata Mazda MX-5 Retro Auto roadster Roda4 Sejarah Mazda Miata
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.