Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Inilah 5 Permainan Video Arked Lumba Bertaraf Legenda Era 80-90-an
Autotainment

#RetroAuto: Inilah 5 Permainan Video Arked Lumba Bertaraf Legenda Era 80-90-an

Azizi HBy Azizi H04/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADAKAH anda lahir atau membesar era 80-an dan 90-an? Jika ya, anda pasti masih ingat mengenai permainan video arked yang sangat popular pada masa dulu.

Sebelum wujud telefon pintar, dan permainan komputer, permainan video arked terlebih dulu muncul dan menjadi fenomena kalangan kanak-kanak dan remaja untuk mengisi masa lapang. Ramai juga yang ketagih hingga sanggup singgah setiap kali habis sekolah dan cuti hari minggu.

Malah tidak kurang juga diserbu ibu bapa dan pihak berkuasa kerana ponteng sekolah. Hari ini, permainan video arked semakin pudar ditelan masa. Ramai lebih gemar bermain permainan video menerusi peranti konsol seperti PlayStation dan Xbox, atau  telefon pintar.

Artikel kalini ini akan mengimbau kenangan permainan video arked jenis perlumbaan pernah menjadi ketagihan dan kegilaan anak muda suatu masa lalu.

BACA >>> Kajian: Main Game Dapat Tingkatkan Skil Memandu?

1. INITIAL D

Bagi penggemar permainan video arked, Initial D sentiada jadi pilihan. Konsep permainan ilham komik atau manga Jepun itu sangat diminati ramai selepas muncul sebagai komik, drama TV dan filem.

Kebanyakan kenderaan yang ada dalam permainan video ini ialah model dari Jepun, seperti Nissan Skyline GT-R, Mazda RX-7, Mitsubishi Lancer Evolution, Honda Civic, dan juga Toyota AE86. Malah trek yang digunakan untuk berlumba adalah sama seperti dalam komik berkenaan.

2. WANGAN MIDNIGHT

Wangan Midnight juga diadaptasi daripada manga Jepun. Permainan yang direka untuk empat pemain ini sangat digemari remaja kerana dapat berlumba sesama sendiri di litar-litar menarik.

Berbeza Initial D, permainan video arked, Wangan Midnight hanya menggunakan kereta Jepun untuk berlumba kerana tidak membeli hak cipta untuk model lain.

3. DAYTONA USA

Daytona USA ialah permainan video perlumbaan yang dibangunkan Sega dan dikeluarkan terhad pada 1993 sebelum dijual sepenuhnya pada 1994.

Inilah permainan video Sega pertama debut menerusi mesin arked Sega Model 2. Daytona USA ialah permainan video arked perlumbaan kereta yang mana pemain perlu berlumba mengikut had masa ditetapkan di salah satu daripada tiga trek disediakan.

Sega mendakwa Daytona USA ialah permainan video arked paling laris sepanjang zaman.

4. SEGA RALLY

Sega Rally ialah siri permainan video perlumbaan diterbitkan Sega dan dikembangkan beberapa studio termasuk Sega AM3, Sega dan Sega Racing Studio.

Siri ini mengeluarkan gelaran pertama, Sega Rally Championship (SRC) pada 1994. Mulanya, SRC dibangunkan khas sebagai permainan video arked untuk dua pemain berentap skil berlumba masing-masing.

5. MOTOGP ARCADE

Permainan MotoGP Arcade direka khas buat peminat MotoGP untuk merasai pengalaman duduk seperti idola ramai, Valentino Rossi. Permainan video arked ini membolehkan peminat berlumba hingga lapan orang sama ada dalam negara atau atas talian.

Setiap pemain akan menikmati perlumbaan dalam paparan definisi tinggi (HD) menakjubkan dengan menunggang motosikal sepantas 300kmj tanpa perlu mengenai kemalangan.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Caranya Pelumba MotoGP Berbincang dengan Mekanik Sendiri

Arcade Games autotainment Game Arked permainan video Permainan Video Arked Retro Auto video games
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan Di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    03/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

    01/07/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.