Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#RetroAuto: Daihatsu Charade (2006) – Perodua Viva Versi UK, Siap Varian 3 Pintu!
Roda4

#RetroAuto: Daihatsu Charade (2006) – Perodua Viva Versi UK, Siap Varian 3 Pintu!

Abang HirataBy Abang Hirata27/10/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS pengenalan Perodua Kancil pada 1994, model-model penumpang Daihatsu tidak lagi dijual di pasaran Malaysia kecuali segmen komersil seperti lori, pikap dan van panel. Bukan sebab merajuk, tetapi Daihatsu sudah sedia memegang 20 peratus kepentingan ketika projek kereta nasional kedua itu dilancarkan.

Kehilangan jualan kenderaan penumpang diimbal balik dengan model Daihatsu yang dijenamakan semula sebagai Perodua.

BACA >>> Daihatsu Indonesia ‘Sumpah’ Perodua Myvi Jadi Sirion (2017)

MASUK UK

PERODUA NIPPA
DAIHATSU MIRA

Namun, lain pula cerita di pasaran luar negara seperti Britain (UK), di mana Daihatsu menawarkan produk sendiri, dan pada masa sama rakan sekutunya, Perodua turut menjual kereta di negara Eropah itu. Perodua menjual Kancil, dikenali sebagai Nippa, manakala Daihatsu pula menjual Mira hingga berlanjutan kepada model kembar lain seperti Kelisa dan Mira Cuore, Myvi dan Sirion, dan terakhir, Kembara generasi kedua dengan Terios.

Kini, kedua-dua pengeluar itu sama-sama tidak lagi beroperasi di Britain kecuali untuk perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti. Walaupun menggunakan metod kejuruteraan rebadge, produk Daihatsu tetap unik. Maklumlah, Daihatsu ialah tuan punya jenama asal tersebut.

BACA >>> #RetroAuto: MPV Mini Rupa Pelik, Daihatsu Materia (2007) Ini Pernah Popular di UK

Contohnya, sekali pandang model yang dipaparkan kali ini nampak seakan Perodua Viva atau paling hampir, Daihatsu Mira Avy.

DAIHATSU CHARADE ‘VIVA’ (2006)

Sebaliknya, model di Tanah Inggeris itu dikenali sebagai Daihatsu Charade, dan dipasarkan sekitar 2006 (atau lebih awal) sebelum disusuli Perodua Viva di pasaran Malaysia pada 2007. Lebih menarik, Charade ‘Viva’ itu turut ditawarkan dalam varian 3-pintu. Jika dibawa ke Malaysia, pasti jadi kereta rare. Mungkin ada yang nakal bertanya, pintu belakang Viva kena kimpal ke?

Charade ‘Viva’ itu hanya dipasarkan dalam satu varian enjin, iaitu 1.0L yang boleh dipadankan bersama transmisi manual atau automatik. Selain itu, perbezaan kereta supermini tersebut dapat dikesan pada kerusi pemandu depan yang dipanjangkan 30mm untuk lebih sokongan dan keselesaan.

Suspensi juga ditala semula dengan memasang bar anti-oleng di roda depan. Tahap serapan hentakan suspensi turut dirombak bagi mengurangkan olengan badan, sekali gus membuatkan pengendalian lebih jitu.

BACA >>> Daihatsu Dedah 4 Model Konsep Sempena Pameran Motor Tokyo 2017, Pengganti Myvi Semakin Hampir

Bagi memenuhi tuntutan negara Eropah yang menitikberatkan perihal keselamatan kenderaan, kereta bajet itu siap dilengkapkan dua beg udara berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD) sejak 2006.

Menambahkan lagi keyakinan, Daihatsu UK menawarkan waranti selama tiga tahun tanpa had perbatuan, termasuk perkhidmatan bantuan keselamatan. Pada tahun itu (2006), Charade ‘Viva’ itu boleh dimiliki pada harga permulaan atas jalan £6,460 (RM35,816).

RAJA KERETA KOMPAK ASEAN


Jenama Daihatsu mungkin sudah tinggal sejarah di peringkat global, tetapi lain cerita di rantau sebelah sini – ASEAN. Lihat saja bagaimana platform sama digunakan untuk beberapa model berbeza. Dari Daihatsu Ayla, Toyota Agya, Perodua Axia hingga Bezza, dan kemudian (Daihatsu) Sigra atau (Toyota) Calya.

Hebat bukan? Sebagai makluman, sejak Ogos 2016, Daihatsu sudah menjadi subsidiari penuh milik Toyota Motor Corporation.

Daihatsu Daihatsu Charade Daihatsu Charade 'Viva' Daihatsu Charade (2006) Daihatsu Mira Daihatsu UK Perodua Perodua Kancil Retro Auto Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.