Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Inilah Cerita di Sebalik Moyang Sebenar kepada Volkswagen Beetle
Autotainment

#RetroAuto: Inilah Cerita di Sebalik Moyang Sebenar kepada Volkswagen Beetle

Han OthmanBy Han Othman13/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEGALA bermula pada 1931 apabila seorang jurutera Yahudi tidak dikenali, Josef Ganz menghasilkan prototaip kedua dinamakan Adler dengan nama gelaran ‘Maikäfer’ – atau ‘May-Beetle’– iaitu sejenis kumbang coklat di Eropah yang kerap berterbangan ketika senja dan berlanggar dengan tingkap bercahaya.

Prototaip itu menarik perhatian syarikat kereta Standard Superior yang kemudian menghasilkan sebuah kereta kecil berasaskan prototaip Ganz.

Malah, syarikat sama juga mendedahkan salah satu prototaip automotif Ganz di Pameran Auto Berlin pada November 1933 yang dipersembahkan sebagai ‘volkswagen’ atau ‘kereta rakyat’.

Standard Superior Type 1 (1933)
Poster yang Menggunakan Kata Nama ‘Volkswagen’
Josef Ganz

Pada masa itu, seorang canselor Jerman baharu (status pemimpin tertinggi seperti Perdana Menteri atau Presiden) bernama Adolf Hitler berminat dengan rekabentuk prototaip berkenaan kerana harganya cukup murah, 1,590 Reichsmark. Kebetulan, Hitler ketika itu sedang tercari-cari kereta yang murah, ringkas dan boleh dihasilkan besar-besaran serta boleh dipandu atas rangkaian jalan raya baharu di Jerman.

BACA >>> Inilah Satu-Satunya Legasi Adolf Hitler yang Disayangi Dunia…

Lima tahun kemudian, ‘kereta rakyat’ yang menggunakan nama sama diperkenalkan Hitler kepada rakyat Jerman sebagai Volkswagen Type 1. Ketua jurutera yang dilantik Hitler untuk projek kereta nasional itu pula ialah Ferdinand Porsche yang bertanggungjawab menghasilkan prototaip pertama Volkswagen dan kemudian popular dengan nama Beetle.


Jadi, apa jadi dengan jurutera Yahudi itu? Beliau dipadamkan dalam sejarah Jerman dan kemudian meninggal dunia tanpa diketahui sesiapa di Melbourne, Australia.

MOYANG SEBENAR VOLKSWAGEN BEETLE?

Casis Standard Superior (1933).

Tidak sukar menghubungkan sejarah untuk membuktikan Standard Superior, yang diperkenalkan pada 1933, sebagai moyang kepada Volkswagen Beetle kerana kedua-dua model itu berkongsi casis sama, malah menggunakan asas pembinaan yang sama.

Memang buku sejarah memberikan kredit kepada Porsche dan pasukannya. Namun ironinya, fakta sebenar tentang asal usul Beetle ialah hasil rekaan seorang jurutera Yahudi. Jadi memang ada alasan untuk mengatakan kenapa Jerman cuba memadamkan nama Ganz dalam sejarah negara itu.

BACA >>> Volkswagen Beetle Final Edition Akhiri Legasi Model Ikonik 70 Tahun

Walaupun kisah hidup Ganz tidak berakhir dengan sepatutnya, tetapi beliau dikatakan sudah mula memikirkan tentang bagaimana menghasilkan kereta rakyat pada harga sebuah motosikal sejak bergelar pelajar lagi.

BINA SEMULA STANDARD SUPERIOR (1933)

Brosur asal Standard Superior Type I (1933).

Terdapat kira-kira 250 unit model Standard Superior Type 1 yang pernah dibina dalam sejarah, dan cuma satu terselamat. Kereta itu kini dimiliki Lorenz Schmid, yang ada hubungan saudara dengan Ganz, dan jurnalis Belanda, Paul Schilperoord.

Sebagai menghargai kerja Ganz, mereka memutuskan melakukan restorasi ke atas moyang kepada VW Beetle (1933) itu. Di bawah ini ialah Standard Superior original yang kali pertama dibeli. Dengan banyak modifikasi dilakukan,  penampilan terbaharu tidak lagi seperti versi asal.


Selepas hampir seabad, akhirnya penghargaan sewajarnya berjaya diberikan kepada pengasas sebenar ‘kereta rakyat’. Berikut ialah penampilan Standard Superior (1933) selepas menjalani proses restorasi.

GALERI
Josef Ganz pada 1960-an
Schilperoord (kiri) dan Schmid (kanan) dengan Standard Superior Type I

SUMBER: CarMudi

Adler adolf hitler Ferdinand Porsche Josef Ganz Lorenz Schmid Maikäfer May-Beetle Paul Schilperoord Retro Auto Roda4 sejarah Standard Superior Standard Superior Type 2 Volkswagen Volkswagen Beetle Volkswagen Type 1
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
Roda4

McLaren 788HS Diperkenal – Hanya 200 Unit, Model Penutup Era Supercar

09/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimana Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah-Ubah?

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.