Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Renault Megane RS di Malaysia, Harga Bermula RM279k, Langkawi Pula RM178k
Roda4

Renault Megane RS di Malaysia, Harga Bermula RM279k, Langkawi Pula RM178k

Han OthmanBy Han Othman22/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TC Euro Car (TCEC) memperkenalkan hot-hatch ikonik, Renault Megane RS serba baharu dengan teknologi sukan permotoran dan inovasi canggih untuk pemanduan trek dan jalanan terbaik yang pasti dinanti-nantikan peminat jentera sport di Malaysia.

Dilengkapkan casis dengan sistem stereng empat roda 4CONTROL, pertama dalam segmen ini, model generasi keempat ini menjanjikan kualiti kecekapan, ketangkasan, kestabilan dan keselesaan terbaik yang diilhamkan daripada kepakaran RenaultSport.

BACA >>> #IAA2017: Renault Megane RS (2018) Sedia Cabar Type R

TEKNOLOGI RENAULTSPORT TERMAJU

Ciri 4CONTROL memberikan ketangkasan hebat dan kestabilan membelok mengujakan dalam kelajuan tinggi. Segalanya mungkin dengan enjin pengecas turbo baharu 4-silinder 1.8L berkuasa 278hp @ 6,000rpm dan tork 390Nm @ 2,400- 4,500rpm dengan pilihan transmisi manual dan automatik. Pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 5.8 saat, manakala kelajuan maksimum 255kmj (250kmj untuk AT).

Ciri keselamatan standard ialah 6 beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Regulasi Anti Gelincir (ASR), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBS), Bantuan Brek Kecemasan (EBA). Ciri kabin dipadankan dengan instrumen panel meter skrin TFT 7 inci dan sistem audio skrin sentuh kapasitif R-LINK 2 bersaiz 8.7 inci berserta fungsi auksiliari dan USB dengan kawalan hujung jari.

Selain teknologi 4CONTROL, teknologi RenaultSport lain dimiliki Megane RS serba baharu ialah sistem suspensi dengan bumpstops hidraulik, casis Cup dengan diferensial gelincir terhad (LSD) Torsen dan mod pacuan Sport dan Race. Bahagian roda dipasangkan rim aloi RS Interlagos Diamond efek-berlian 19 inci dengan tayar 245/35, bersama kuasa brek Brembo.

BACA >>> Renault Mégane R.S. Baharu Bakal Debut di Monaco, Masih Lagi Berselubung

LEBIH MURAH DI LANGKAWI

Serentak pelancaran ini, TC Euro Cars turut mengumumkan harga Megane RS serba baharu:

  • Semenanjung Malaysia – RM279,888 (MT), RM299,888 (AT)
  • Langkawi – RM178,800 (MT), RM186,800 (AT)

* Harga varian automatik (AT) adalah anggaran, manakala harga varian manual (MT) sudah disahkan.

Harga adalah  atas jalan termasuk SST, tanpa insurans. Tambahan RM1,000 untuk warna Pearl White (putih) dan RM8,000 untuk Orange Tonic (jingga) dan Liquid Yellow (kuning). Pandu uji turut dibuka di bilik pameran Renault Petaling Jaya bermula Ogos ini untuk varian manual sahaja, tertakluk kepada janji temu.

Setiap pembelian dipakejkan dengan waranti tiga tahun atau 100,000km (mana satu tiba dahulu). TC Euro Cars turut menawarkan trip ke luar negara untuk menikmati pengalaman ke fasiliti Renault Sport di Dieppe, Perancis kepada 10 pembeli pertama yang menempah Megane RS serba baharu.

BACA >>> Thierry Henry Kembali dalam Iklan TV Renault untuk Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/19

Jangan lupa saksikan previu umum Megane RS serba baharu ini di East Atrium, di pusat beli-belah Mid Valley Megamall pada 24-28 April ini.

* Kerusi sport Alcantara ialah untuk tujuan pameran sahaja, versi standard di Malaysia ialah kerusi sport fabrik.

GALERI
Renault Renault Megane RS Renault Megane RS (2018) Renault Megane Serba Baharu Renaultsport Roda4 TC Euro Cars
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

TGR Vios Gold Championship 2026
Sukan Permotoran

Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit

29/07/2026
Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

By Abang Hirata29/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.