Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Renault Koleos (2020) Facelift di Malaysia, Harga Mula RM179,888
Roda4

Renault Koleos (2020) Facelift di Malaysia, Harga Mula RM179,888

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TC EURO Cars (TCEC) memperkenalkan Renault Koleos (2020) versi dipertingkat (facelift) supaya tampil segar di pasaran. Crossover kompak itu kali pertama tiba ke Malaysia pada 2016 dalam versi pacuan dua roda (2WD) sebelum versi pacuan empat roda (4WD) diperkenalkan setahun kemudian.

BACA >>> Renault Koleos Serba Baharu (2016) – Mampukah Menawan Hati Rakyat Malaysia?

DUA PILIHAN VARIAN

Kini, Koleos (2020) facelift ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu:

  • Koleos – RM179,888
  • Koleos Signature – RM189,888

* Harga termasuk SST, tanpa insurans

GAYA MASKULAR

Penampilan Koleos (2020) facelift kini lebih agresif dan maskular menerusi garis badan berotot dan bampar baharu serta aksen krom lebih lebar hingga ke lampu kabus. Di belakang, bampar baharu dipadankan dengan aksen krom dua tona, sama seperti depan.

Melengkapkan penampilan SUV kompak itu, Renault memilih rim aloi 18 inci untuk Koleos Standard dan rim aloi 19 inci untuk Koleos Signature. Kemas kini lain termasuklah opsyen warna baharu seperti Amethyst Black (hitam), Millesime Red (merah) dan Ultra Silver (perak) selain warna sedia ada Universal White (putih) dan Black Metallic (hitam metalik).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan SUV dan Crossover?

KABIN DENGAN SISTEM HIBURAN BAHARU

Tawaran kabin lapang bercita rasa mewah gaya Eropah membuatkan perjalanan jauh terasa santai, selesa dan menyenangkan. Kerusi pemandu dan penumpang depan kini boleh dilaraskan secara elektronik. Kerusi penumpang belakang juga kini memiliki konfigurasi boleh laras dua tahap dengan ruang lega lutut 289mm, termasuk ekstra ruang kepala, bahu dan siku.

Kerja memunggah masuk dan keluar barangan dalam but belakang juga kini lebih mudah dengan ciri pintu but bebas tangan dengan bukaan boleh dilaraskan mengikut keperluan pemilik. Sistem audio dilengkapkan unit infotainment 8.7 inci R-LINK2 dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Bahagian mekanikal masih kekal menggunakan enjin petrol 2.5L berkuasa 169hp dan tork 226Nm dengan transmisi CVT X-Tronic, manakala tahap penggunaan bahan api kira-kira 8.1 liter per 100km.

BACA >>> #PanduUji: Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Honda CR-V Baharu Versi Premium

CIRI KESELAMATAN MODEN

Berikut ciri keselamatan ditawarjab Koleos (2020) facelift:

  • Dua beg udara tirai
  • Sistem Amaran Titik Buta (BSW)
  • Program Stabiliti Elektronik (ESP) generasi terkini dan Kawalan Traksi (TCS)
  • Brek Bantuan Kecemasan (EBA)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Kamera undur
  • Sensor parkir depan, belakang, dan sisi

WARANTI

Koleos (2020) facelift dipakejkan dengan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, termasuk servis penyelenggaraan biasa selama 5 tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu).

GALERI
Crossover Renault Renault Koleos Renault Koleos (2020) Facelift Renault Koleos Facelift Roda4 SUV SUV kompak SUV Segmen-C TC Euro Cars (TCEC)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.