Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Renault Clio RS Black Edition Kini Berwajah Lebih ‘Jahat’
Roda4

Renault Clio RS Black Edition Kini Berwajah Lebih ‘Jahat’

Han OthmanBy Han Othman12/08/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RENAULT Clio RS kini ditawarkan pek opsyen ‘Black Edition’ yang membolehkan pemiliknya memberikan personaliti tersendiri kepada hot-hatch cilik itu. Pek tersebut boleh ditempah pada harga £200 (RM1,111) untuk Clio RS 220 Trophy dan £350 (RM1,945), Clio RS 200. Harga pasaran Clio RS bermula £20,295 (RM112,812).

‘Edisi Hitam’ bagi kedua-dua varian, Clio RS 200 dan Clio RS 220 Trophy didatangkan dengan warna serba hitam berkilat pada hendal pintu, acuan sisi, bilah depan, acuan belakang dan lencana, serta difuser belakang. Tiada perbezaan antara kedua-dua varian, cuma Clio RS 200 diserikan rim aloi Renault Sport hitam 17-inci.

Clio RS dikuasakan enjin petrol 1.6L pengecas turbo dengan kuasa 197hp untuk RS 200 dan 217hp (RS 220 Trophy), yang mampu memecut 100kmj sepantas 6.6 saat dan kelajuan maksimum mencecah 235kmj, dengan teknologi transmisi Klac Dual Efisien (EDC) 6-kelajuan yang boleh dianjakkan menerusi pedal syif.

Sebagai makluman, Renault Clio baru saja digayakan semula tahun lalu dengan model RS menerima bampar depan baharu, pencahayan LED bersegi (dalam bentuk corak dam), rim 18-inci dan sil pintu khas.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

hot-hatch pek opsyen Black Edition Renault Renault Clio RS Renault Clio RS Black Edition Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

11/06/2026
Auto Terkini

BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

11/06/2026
Auto Terkini

Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

10/06/2026
Roda4

Ferrari 849 Testarossa Kini Di Malaysia – Pengganti SF90 Stradale, Dari RM2.18 Juta

09/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.