Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Renault Arkana – SUV Coupé dengan Harga Orang Kebanyakan?
Auto Terkini

Renault Arkana – SUV Coupé dengan Harga Orang Kebanyakan?

Abang HirataBy Abang Hirata11/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN jenama Renault dan apa saja model dari Perancis memang ada gaya tersendiri. Secara am, produk automotif dunia boleh dibahagikan kepada tiga gaya utama, iaitu Amerika Syarikat, Asia dan Eropah.

Dalam kalangan pengeluar Eropah, gaya Perancis sentiasa menarik dipandang dan dihayati kerana hasil seni ditampilkan benar-benar menyerlah.

Terbaharu, Renault menampilkan model kenderaan utiliti sukan (SUV), Arkana dalam gaya coupé.  SUV gaya begini bukan baharu, kerana sudah banyak ditawarkan pengeluar mewah, seperti BMW X6, dan Mercedes-Benz GLE Coupé.

BACA >>> Dua Varian Baharu Mercedes-Benz GLE Coupe, Harga Mula RM661k
BACA >>> BMW X6 Baharu dengan Warna Hitam Vantablack® yang Paling Hitam di Dunia!

Arkana pula hadir daripada jenama kebanyakan dan bergaya seperti SUV Captur dan Kadjar. Apa perlu anda tahu, Arkana bukan model baharu sepenuhnya, kerana Renault sudah memperkenalkan model itu di Rusia.

Kisah Arkana memang menarik sebagai model untuk pasaran Rusia, tetapi Eropah menggunakan platform berbeza. Arkana versi Rusia dibina berasaskan platform BO, manakala Arkana versi Eropah menggunakan platform CMF-B.

Menariknya, Arkana versi Eropah ialah model penjenamaan semula (rebadged) Renault Samsung XM3 (foto atas) yang diperkenalkan di Korea Selatan pada Februari 2020. Jadi, Arkana versi Eropah (kecuali Rusia) ialah model susulan, diperkenalkan pada September 2020.

Menarikkan? Namun, apa yang pasti Arkana ialah SUV coupé pertama Renault. Apa fakta menarik lain mengenai Arkana versi Eropah itu?

  • Hadir tanpa enjin aspirasi natural (NA), cuma ada trenkuasa elektrifikasi, iaitu hibrid E-Tech hybrid dan hibrid ringan TCe 140 mild-hybrid.
  • Teknologi trenkuasa E-Tech hybrid dibangunkan secara ekstensif dengan pengetahuan dan kepakaran yang diperolehi daripada pengalaman Renault dalam Formula Satu (F1).
  • Ketinggian inovasi terserlah apabila terdapat 150 paten bagi melindungi teknologi tersebut.
  • Trenkuasa E-Tech Hybrid menggabungkan enjin petrol 1.6L dan bateri litium-ion 1.2 kWh dan dua motor elektrik berkuasa 145hp. Dari segin tork, jika dibahagikan, enjin 1.6L mempunyai tork 148Nm, manakala motor elektrik memiliki tork 250Nm.
  • Pecutan 0-100kmj pula sepantas 10.8 saat, manakala kelajuan maksimum 172kmj.
  • Prestasi itu sudah memadai bagi sebuah SUV hibrid kerana apa yang penting dinilai pada ialah aspek penggunaan minyak dan emisi CO2.
  • Dengan satu liter petrol Arkana E-Tech hybrid mampu bergerak hingga 25km per liter, manakala emisi CO2 cuma 108g/km.
ARKANA TCe 140
Arkan 1.3 TCe
  • Pengguna yang mahukan trenkuasa lebih ringkas pula boleh dapatkan Arkana 1.3 TCe dengan ciri seperti berikut:
    • Menggunakan enjin 1.3L turbo berkuasa 140hp dan tork 260Nm serta dipadankan transmisi EDC 7-kelajuan.
    • Pecutan 0-100 kmj sepantas 9.8 saat, manakala kelajuan maksimum 204kmj.
    • Penggunaan minyak 21km per liter dan kadar emisi CO2 130g/km.
  • Teknologi mild-hybrid pada Arkana berfungsi dengan penghidup generator 12V yang membantu melancarkan operasi henti-mula (Stop & Start) apabila kenderaan berhenti dan mengurangkan pelepasan emisi.
  • Dari segi rekabentuk, Arkana memang jelas menarik dengan gaya coupé. SUV ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu Iconic, S Edition dan RS Line.
  • SUV seperti ini wajib mempunyai rim dengan saiz sepadan, dan ada tiga jenis ditawarkan, 17 inci Bahamas untuk varian Iconic, 18 inci Pasadena (S Edition) dan 18 inci Silverstone (RS Line).
  • Varian RS Line ialah Arkana versi sporty dan paling premium dengan ciri istimewa seperti bampar khas, gril corak sarang lebah dan plat skid depan dan belakang.
ENAM WARNA MENARIK
  • Bagi pilihan warna pula, ada pelbagai warna menarik mengikut varian, termasuk bumbung hitam.
  • Warna varian ditawarkan ialah Zanzibar Blue (biru), Flame Red (merah), Pearl White (putih mutiara), Glacier White (putih), Metallic Black (hitam),  Metallic Grey dan Valencia Orange (jingga).
  • Terus-terang dikatakan, gaya Arkana memang nampak mahal dan premium, manakala harga pula sederhana saja. Di Britain, Arkana ditawarkan pada harga bermula £25,300 (RM148,532), nilai ~£25,000 di Britain sebenarnya tidaklah murah, tetapi tidak pula terlalu mahal.
  • Mungkin inilah SUV coupé paling hampir untuk pengguna kebanyakan.

BACA >>> 9/10 Kereta Renault Guna Enjin Elektrik di Eropah Menjelang 2030
BACA >>> 5 Kereta Bajet untuk Mereka yang Baru Hendak Mula Berniaga
BACA >>> Orang Itali Jadi CEO Renault!

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Renault Renault Arkana Roda4 SUV SUV Coupe
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    rider-p-hailing-bg
    Auto Terkini

    BUDI95 untuk Rider P-Hailing Naik? PMX Cadang Tambah kepada 250 Liter Sebulan

    18/05/2026
    Roda4

    BRABUS Bodo Rasmi Diperkenal Secara Global, Hanya Ada 77 Unit Seluruh Dunia!

    18/05/2026
    Auto Terkini

    Dua Jet Pejuang Bertembung Di Idaho, Semua Kru Terselamat

    18/05/2026
    Mercedes Autohaus Kuantan
    Auto Terkini

    Pusat 4S Mercedes-Benz Terbesar di Pantai Timur, Asbenz Stern Autohaus Lancar di Kuantan

    18/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.