Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Reliant Regal – Kereta 3 Roda Popular Ini Mahu Dilelong
Roda4

Reliant Regal – Kereta 3 Roda Popular Ini Mahu Dilelong

Abang HirataBy Abang Hirata30/10/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA pernah menonton siri komedi TV, Mr Bean, anda pasti teringat kelibat kereta tiga roda yang selalu jadi mangsa keadaan. Kereta lucu dan siri TV lucu memang kombinasi sempurna walaupun Mr Bean nampak serius sepanjang masa.

Nah, sekarang ada sebuah kereta tiga roda, Reliant Regal warna kuning yang mahu dijual rumah lelongan, Silverstone Auctions sempena jualan kereta klasik di Pameran Motor Klasik Insurans Lancaster di Birmingham NEC pada 11 dan 12 November ini. Menariknya, model tersebut bukan kereta biasa-biasa kerana pernah digunakan dalam rancangan siri TV BBC, ‘Only Fools and Horses’.

DIGEMARI RAMAI

Reliant Regal (1968) ialah antara kereta klasik paling dikenali dan digemari ramai, yang mana pernah menjadi kenderaan utama kepada watak Del Boy dan Rodney dalam siri komedi tersebut.

Kereta yang mahu dijual itu tampil sama seperti dalam drama itu, lengkap dengan kemasan dalaman bertema harimau dan logo ‘Trotters Independent Trading Co‘. Bukan saja luaran, kereta itu juga dilengkapi pelbagai aksesori seperti rak bumbung dengan beg pakaian, set dadu berbulu, alas kaki getah khas dan set anak patung plastik.

Pemilik baharu kereta itu nanti juga tidak perlu risau kerana enjin sudah siap dibaik pulih dengan dipadankan bersama kotak gear sirat-segerak atau synchromesh penuh. Menariknya, kereta ini ada kunci penghidup enjin kawalan jauh, pemain DVD dan radio kaset.

PERNAH BERLUMBA RALI

Model klasik ini dikatakan unit terbaik yang boleh ditemui untuk dijual, dan pernah digunakan dalam perlumbaan rali London to Brighton pada 2001 dan 2004. Malah, kereta dengan jarak perbatuan 115,515km ini masih siap menyimpan buku panduan asal.

Kereta ini juga mempunyai sijil kelulusan Kementerian Pengangkutan Britain (MOT) atau ‘Puspakom versi Britain’ hingga 9 Jun 2018, termasuk perakuan daripada BBC yang mengesahkan keaslian model berkenaan. Selain nilai sejarah, kereta rare tersebut juga akan dibida tanpa harga rizab!

Ini bermakna sesiapa pun boleh buat bidaan hingga harga tertinggi ditawarkan. Pasti menarik kalau dapat disimpan dalam garaj rumah. Sekali tengok sudah boleh menghiburkan hati dan melegakan tekanan. Cuma warna kuning boleh buat ramai pening kepala, dan tema harimau pula boleh buat kepala pusing!

GALERI

kereta klasik lelong Only Fools and Horses Reliant Regal Trotters Independent Trading Co
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.