Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Regulasi PBB Punca Honda ADV 150 Tidak Sempat Masuk Tahun Ini
Roda2

Regulasi PBB Punca Honda ADV 150 Tidak Sempat Masuk Tahun Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/02/20208 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TAJUK di atas akan membuatkan anda kecewa dan marah kepada Boon Siew Honda (BSH).

Tahun lalu kami ada melaporkan BSH sudah berbincang dengan Honda Japan untuk membawa masuk model skuter advencer, ADV 150.

BACA >>> Boon Siew Honda Sedang ‘Nego’, ADV 150 Akan Masuk Malaysia?

Berita tersebut menyuntik bibit-bibit harapan kepada peminat skuter di Malaysia, tambahan lagi negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand sudah pun melancarkan ADV 150. Jadi Malaysia tunggu apa lagi? Maka berbakul-baku kecaman dilemparkan kepada BSH kerana lambat membuat keputusan.

Bawa bertenang, sebenarnya membawa masuk model baharu tidak semudah ABC. Jika sesebuah model itu sudah dilancarkan di Indonesia, itu bukan bermakna boleh diimport terus ke pasaran Malaysia.

Sebabnya, model itu perlu mematuhi syarat Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) yang berbeza setiap negara. Ini dimaklumkan sendiri ‘orang kuat’ BSH apabila disoal mengenai bilakah ADV 150 mahu dilancarkan?

“Rasanya tak sempat nak bawa masuk ADV 150 tahun ini, mungkin tahun depan sebab ada isu dengan UNR (regulasi PBB),” katanya.

Jawapan ringkas itu semestinya mencetuskan kemarahan peminat Honda, sama seperti peraturan ‘signal capang’ dan dituduh menyusahkan!

BACA >>> Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?

Kenapa tidak bawa masuk saja model dari Indonesia dan Thailand daripada negara serantau? Malah versi Jepun dari negara asal jenama itu pun tidak lepas juga. Jawapannya, sebab Malaysia memilih untuk ikut dan patuh kepada regulasi PBB (United Nations Regulation, UNR).

Dibandingkan negara jiran, Malaysia memang ketinggalan dari segi prestasi jualan. Namun, dalam hal UNR, sektor automotif Malaysia jauh ke depan. Malah Indonesia dan Jepun pun masih belum menguatkuasakan regulasi tersebut, manakala Thailand baru saja hendak mula. Inilah sebab kenapa banyak model yang boleh dibawa masuk tersangkut!.

BACA >>> Honda ADV 150 Baru Masuk Jepun, Harga RM17k!

Ini juga salah satu sebab kenapa CBR250RR pun masih belum kunjung tiba, melainkan BSH sanggup membawa masuk model dari Eropah. Tetapi, harga pula akan jadi sangat keras!

Menurut sumber JPJ, bahagian automotif (yang enggan dikenali), spesifikasi dan prestasi mungkin sama, tetapi apa yang menjadi isu ialah spesifikasi sampingan seperti standard tayar, pemasangan lampu, laporan ujian brek, pengeluaran bunyi dan lain-lain yang perlu melepasi standard UNR.

Grand Prix Red (Strip)
Grand Prix Red (Strip)

Di bawah standard UNR, ada kira-kira 144 regulasi digazetkan di bawah Kenderaan Bermotor. Namun, Malaysia sebenarnya masih melakukan pelaksanaan secara berperingkat yang mana setiap dua tahun akan ada kemas kini baharu. Itupun dengan persetujuan pihak industri. Jika sudah bersedia barulah setiap regulasi baharu yang mahu ditambah akan dilaksanakan.

Contohnya, isu ‘signal capang’ yang sering mengundang kecaman, peraturan itu sebenarnya mengikut standard UNR 53 yang mensyaratkan jarak tertentu dengan lampu belakang.

Malaysia juga antara negara yang menandatangani perjanjian WP29 (UNECE World Forum for Harmonization of Vehicle Regulations) dan salah satu komuniti perlu melaksanakan standard ditetapkan pasaran Malaysia.

BACA >>> Dokumen Kawasaki Ninja 1000 (2020) Didedahkan, Patuh Euro 5 yang Lebih Mesra Alam

Secara kasar, memang sukar mengesan punca yang menyebabkan ADV 150 tidak mendapat kelulusan di Malaysia. Jadi sebab itu ramai peminat marah sambil menuduh peraturan terlalu ketat, sedangkan JPJ pula menilai daripada aspek pensijilan, laporan ujian dan peringkat komponen dan sistem.

Kami juga pernah melihat borang permohonan dan dokumen VTA yang dihantar ke JPJ, tebal macam tesis PhD! Pengeluar perlu sediakan laporan ujian daripada Servis Teknikal (TS) yang diiktiraf WP29 atau wakil diiktiraf JPJ untuk model baharu.

Model sedia ada pula memadai dengan laporan ujian TS yang diiktiraf WP29 atau wakil JPJ. Hendak bercerita panjang mengenai UNR memang tidak akan habis. Kesimpulannya, ADV 150 sah tidak masuk Malaysia tahun ini selagi tidak dapat memenuhi regulasi ditetapkan. Ada kemungkinan model itu dipasarkan tahun depan.

Boon Siew Honda (BSH) Datuk Wira Tan Hui Jing Honda Honda ADV Honda ADV 150 Regulasi PBB Regulasi UNR roda2 Signal Capang skuter skuter advencer skuter adventure
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 1200 Rasmi Di Malaysia – Adventure Touring Premium Dari RM51,888

    17/04/2026
    Honda Insight 2026 lancar di Jepun
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Honda Insight 2026 Lancar di Jepun, Jarak Sehingga 535km, Harga RM137k

    17/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    17/04/2026
    Roda2

    Mforce Dilantik Pengedar Eksklusif ZXMOTO di Malaysia

    16/04/2026

    8 Comments

    1. Jan on 06/02/2020 19:01

      macam macam juga karenahnya nak bawa masuk. mungkin kerana tidak mau terlalu “renyah” dan leceh dengan proses, membuatkan model2 yang kurang permintaan tidak dibawa masuk ke malaysia.

      apalah nasib kita ni, selalu tak dapat model yang menarik hanya disebabkan aturan yang ketat.

      Reply
    2. Din on 07/02/2020 14:40

      Capang ke cipang sikap penunggang kat malaysia ni sama je.. dpt je motor terus modified sana sini.. yg kekal ori kerangka only.. cipang pun ntah kemana🤣🤣🤣🤣

      Reply
    3. Wie on 09/02/2020 23:40

      Syarat undur 53

      Reply
    4. RiderSekuter on 10/02/2020 19:24

      Oo kalau tahun depan, tak apalah. Ini macam punya gaya, memang sampai kesudah la Honda duduk belakang Yamaha dekat Malaysia ni. Esok aku gi bayar depo nvx je lah, malas dah nak tunggu.

      Reply
      • TelingaCapangJPJ on 16/02/2020 15:54

        Sama bro, aku pun pun fed up dah tunggu

        Reply
    5. jusoh on 09/04/2020 08:24

      ya bro aku pom tadak duit

      Reply
    6. rockers kerja jalan jauh on 22/04/2020 02:23

      hak aduh…. aku tgu adv150 dari tahun lepas tau x… jangan sampai aku taruk deposit nmax 2020 ..jangan.. ..

      Reply
    7. Yem on 31/05/2020 22:30

      Moto China lagi senang masuk pasaran Malaysia
      Kahkahkah….

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    By Han Othman13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.