Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rapid KL Tambah Bas Mini Hino Poncho, Kekerapan Trip Kini 15 Minit Sekali
Auto Terkini

Rapid KL Tambah Bas Mini Hino Poncho, Kekerapan Trip Kini 15 Minit Sekali

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HINO Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd dan Rapid Bas Sdn Bhd semalam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menjadikan Hino Poncho sebagai model ujian percubaan dalam usaha memperkenalkan bas mini bagi pengangkutan awam baharu di Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bersama pihak pengurusan dan prasarana Rapid KL turun padang untuk meninjau sendiri operasi percubaan bas mini tersebut. Malah, beliau turut menaiki bas tersebut melalui dua laluan ujian, iaitu T300 dan T304 (Ampang Point- Bukit Indah).

BACA >>> RapidKL Perkenal Semula Bas Mini, Fasa Ujian Bermula 1 September-29 November

“Saya meninjau sendiri keadaan bas dan melalui kedua-dua laluan berkenaan. Selama sebulan setengah tempoh percubaan sejak September lalu, saya dapati laluan yang dilalui bas mini itu mengalami pertambahan jumlah penumpang. Ini kerana bas itu lebih kecil dan mudah masuk ke kawasan perumahan, serta memudahkan pemandu memandu ke jalan-jalan sedemikian,” katanya.

Kini, pertambahan bas akan dapat menambahkan kekerapan trip setiap 15 minit sekal pada sebelah pagi selepas waktu puncak. Ini menyumbang kepada kenaikan jumlah penumpang, daripada purata 1,200 orang kepada 1,800 penumpang sepanjang laluan Ampang Point ke Bukit Indah, Ampang.

Berasarkan tinjauan, rata-rata penumpang menyokong pengenalan perkhidmatan bas mini kerana ia lebih mudah dan cepat serta mampu meningkatkan jumlah trip.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bas Tidak Wajib Pasang Tali Pinggang Keledar?

Loke berkata, Prasarana dan Rapid KL akan melakukan usahasama strategi dengan syarikat operator untuk meluaskan perkhidmatan bas mini di kawasan perumahan yang mana penumpang di sana perlu pergi ke tempat perhentian lebih besar, terutama jalan besar. Ini kerana perkhidmatan bas di jalan-jalan besar masih menggunakan bas besar, panjang atau jenis dua tingkat (double-decker).

“Perancangan kami adalah menambah kesinambungan penumpang. Ini salah satu usaha menambah baik perkhidmatan bas di Lembah Klang dan berharap menjelang tahun depan lebih banyak bas dapat diperkenalkan supaya lebih banyak laluan dapat dilalui, terutama kawasan perumahan,” katanya.

Bas panjang dan besar melibatkan kos lebih tinggi berbanding bas mini yang lebih murah. Bas mini juga mampu melakukan kekerapan perjalanan lebih tinggi dan cepat.

BACA >>> Bas GoKL Tambah Laluan Baharu LRT Universiti-PPR Seri Pantai, Tambang Percuma!

GALERI
Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini HINO Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd Hino Poncho Menteri Pengangkutan Rapid Bas Sdn Bhd Rapid KL
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.