Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rapid KL Lancar Projek Percubaan Bas Perantara LRT di Subang Jaya
Auto Terkini

Rapid KL Lancar Projek Percubaan Bas Perantara LRT di Subang Jaya

Han OthmanBy Han Othman15/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAPID KL mengumumkan percubaan Bas Perantara LRT Laluan T792 yang akan beroperasi selama tiga bulan bermula hari ini.

Projek eksperimen itu selaras program transformasi perkhidmatan bas Rapid KL untuk menyediakan perkhidmatan berkelas dunia menerusi pelbagai inisiatif dilakukan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam usaha menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam sebagai mod pilihan warga kota.

Pada September lalu, penyedia perkhidmatan bas awam Rapid KL di Kuala Lumpur dan Selangor, Rapid Bus memperkenalkan projek percubaan tiga bulan untuk penggunaan bas midi di Laluan T300 dan T304 sekitar Ampang bagi memantapkan penyediaan ‘first mile connectivity’ di kawasan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, Rapid Bus berhasrat mahu menyediakan dan meningkatkan sambungan dan mobiliti buat semua penduduk di Lembah Klang.

“Justeru, kami berharap inisiatif-inisiatif ini akan meletakkan kami ‘one step closer’ untuk merealisasikan wawasan ini,” katanya pada majlis di Hab Bas USJ yang turut dihadiri ADUN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze, wakil Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria.

Yazurin turut menghargai sokongan padu diberikan Michelle dan komuniti Subang Jaya yang membolehkan projek itu berjalan lancar.

“Rapid Bus memang sedang merancang membuat percubaan bagi menambah baik perkhidmatan Bas Perantara LRT. Lanjutan perbincangan dengan pihak perunding dan wakil komuniti Subang Jaya yang dianjurkan YB Michelle, kami dapati ada peluang ‘sinergi’ jika percubaan pertama ini dilaksanakan di Subang Jaya,” katanya.

BERWAJAH BAHARU

Berbeza bas Rapid KL lain, bas yang akan digunakan di Laluan T792 akan menampilkan wajah baharu atau ‘bus wrapping’ supaya orang ramai lebih mudah mengecam perbezaan antara Bas Perantara LRT dan bas lain.

Menurut Yazurin, penjenamaan semula bas Perantara LRT diilhamkan daripada kejayaan Bas Perantara MRT yang dapat menarik perhatian penduduk sekitar jajaran MRT.

Dengan visual khusus untuk Bas Perantara LRT, ini membolehkan pengguna mengenal pasti bas yang akan ke stesen LRT. Dengan itu, pengguna boleh naik bas ke stesen LRT terdekat dan menyambung perjalanan mereka dengan perkhidmatan rel. Lebih mudah jika pengguna menggunakan Pas Perjalanan Tanpa Had RM50 atau RM100 untuk perjalanan lancar dengan hanya satu mod pembayaran sahaja.”

– Muhammad Yazurin Sallij, CEO Rapid Bus

Sepanjang tempoh tiga bulan percubaan itu, Rapid Bus akan mengumpul dan menganalisis maklum balas serta data diperoleh. Data tersebut akan dikaji dalam mengenal pasti pilihan yang sesuai untuk meningkatkan perkhidmatan Bas Perantara LRT. Ia juga membantu Rapid Bus untuk menentukan konfigurasi flit bas dan kekerapan perkhidmatan sekitar kawasan Subang Jaya dan Lembah Klang.

SUMBER: Rapid KL

Auto Terkini Bas Bas Perantara LRT Bas Perantara LRT Laluan T792 LRT Michelle Ng Mei Sze Muhammad Yazurin Sallij pengangkutan awam Rapid Bus Rapid KL
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenderaan Elektrik (EV)

DENZA Z9GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Roda4

BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

23/07/2026
Roda4

BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

23/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.