Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Range Rover Evoque (2019) Debut dengan Gaya Mewah dan Lebih Kemas!
Roda4

Range Rover Evoque (2019) Debut dengan Gaya Mewah dan Lebih Kemas!

Abang HirataBy Abang Hirata27/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RANGE Rover Evoque ialah model penyelamat yang hadir tepat pada masa. Sebaik saja dilancarkan pada 2011, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu terus menambat hati ramai. Land Rover sebelum itu ada model saiz penuh mewah,  Range Rover dan saiz sederhana, Discovery.

Range Rover Evoque pula hadir dengan idea segar dalam bentuk coupé dan penuh gaya. Konsep tersebut langsung berbeza dengan imej Land Rover iaitu besar, mewah, berkotak, lasak dan sentiasa bersiap sedia meredah masuk hutan belantara. Sebaliknya, Evoque hadir dengan imej mewah dan stailo seakan dibina khas untuk diparkir di depan lobi hotel mewah atau valet kompleks beli belah premium.

Pelanggan Evoque pula bukan biasa-biasa, harga luar biasa mengehad pemilikannya hanya untuk kalangan pembeli hartawan, selebriti dan ahli perniagaan muda.

DEBUT MENGEJUTKAN


Selepas lama di pasaran, Evoque (2019) serba baharu didedahkan kepada orang ramai dan apa mengejutkan, Jaguar Land Rover sebenarnya baru saja melancarkan Range Rover Velar. Kini siri SUV mewah Jaguar Land Rover sudah lengkap, bermula Evoque, diapit Velar dan disudahi Range Rover dengan ketiga-tiga model ini mempunyai gaya hampir sama, sekali gus menjadikan ia barisan famili SUV sempurna.

BACA >>> Range Rover Velar 3.0L R-Dynamic yang Lebih Berkuasa Kini di Malaysia, Harga RM723k

Range Rover Evoque ialah perintis kepada segmen SUV kompak mewah. Sambutan diterima cukup menggalakkan dengan jualan global melebihi 772,096 unit dengan 20 peratus daripada pelanggan Britain, tempat asal jenama itu.

Evoque bukan saja popular di kalangan pengguna, tetapi juga diakui industri apabila memenangi lebih 217 anugerah antarabangsa. Sekali pandang, Evoque nampak sama seperti model terdahulu, tetapi hakikatnya banyak perubahan dibuat termasuk opsyen trenkuasa baharu.

Berikut ciri-ciri dimiliki Range Rover Evoque (2019):

  • Ada 3 pilihan varian enjin 4-silinder 2.0 L Ingenium petrol, diesel atau hibrid, iaitu:
    • Evoque
    • R-Dynamic
    • First Edition
  • Setiap varian di atas didatangkan dalam 4 gaya badan iaitu:
    • Evoque (untuk First Edition sahaja)
    • Evoque S
    • Evoque SE
    • Evoque HSE
  • Ada 2 pilihan transmisi: manual dan automatik.
  • Enjin hibrid daripada jenis Mild Hybrid EV (MHEV) dalam 6 varian enjin sama ada petrol atau diesel dengan transmisi automatik sahaja.
  • Pilihan kuasa 150hp, 180hp, 200hp, 240hp, 249hp dan 300hp.
  • Ada 2 opsyen 2 pacuan: FWD dan AWD.
  • Pengendalian lincah dengan karakter responsif untuk pemanduan di jalan bandar yang sempit.
  • SUV urban dengan kemampuan off-road – Innovative Terrain Response 2.
  • Saiz kabin lebih luas untuk ruang kaki dan kargo berukuran 591 liter.
  • Kerusi belakang boleh pisah 40:20:40.
  • Teknologi kamera Ground View pertama dunia yang memberikan imej 180º di bawah depan kereta.
  • Dilengkapi teknologi algoritma kepintaran buatan (AI) untuk mempelajari tabiat pemandu ketika dalam kabin kereta sebelum mula memandu.

Satu lagi ciri menarik ialah walaupun baru didedahkan, pelanggan sudah boleh membuat tempahan tanpa menunggu beberapa bulan seperti kebiasaan kereta baharu.

Harga Range Rover Evoque (2019) bermula £31,600 (RM170,093) untuk varian asas D150 (150hp) Diesel FWD manual hingga £50,400.00 (RM271,311) untuk varian paling premium P250 (249hp) Petrol AWD Automatik. Suatu harga menarik sekiranyan Sime Darby selaku pengedar rasmi dapat memasarkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD) di dalam negara.

BACA >>> Land Rover Defender Works V8 Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun – 150 Unit, 400hp

GALERI
Jaguar Land Rover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Land Rover Range Rover Evoque Range Rover Evoque 2019 Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

    16/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.