Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»R Engineering HMRT Dominasi Podium Pusingan 4 MCS 2021
Auto Terkini

R Engineering HMRT Dominasi Podium Pusingan 4 MCS 2021

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUSIM Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) 2021 meninggalkan kenangan manis buat  R Engineering HMRT apabila barisan pelumba pasukan itu sekali lagi menaiki podium dalam tiga kategori berbeza, Touring Production (TP), Stock Production 1 (SP1) dan Stock Production 2 (SP2).

Perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang dua hari lalu menyaksikan 30 jentera bersaing dalam Pusingan 4 MCS dan disiarkan secara langsung melalui Facebook SIC.

BACA >>> 3 Podium Milik R Engineering HMRT Pada Pusingan 3 MCS 2021
BACA >>> Siapa Juara? Pusingan Akhir MCS 2021 di Sepang pada Rabu, Khamis Ini! Masuk Percuma!

Juara keseluruhan Kategori TP menjadi milik Alif Hamdan dan Lai Wee Sing (54 mata terkumpul) walaupun menamatkan perlumbaan di tempat kedua (Pusingan 4).

Keifli Othman dan Hanafi Husin yang berlumba dengan Honda Civic FK8 untuk pasukan Niza Racing dinobatkan naib johan kategori itu (42 mata).

Kami benar-benar gembira. R Engineering dan HMRT melaksanakan tugas cukup baik minggu ini. Honda menjalankan tugas fantastik dengan menyokong kami, strategi perlumbaan dan taktik.

“Kami berbesar hati melaporkan program penyelidikan dan pembangunan untuk pasukan adalah benar-benar membawa hasil dan kami bersedia bertarung lebih hebat tahun depan,” kata Alif.

BACA >>> Orang Malaysia Sudah Boleh Tempah Honda Civic (2022) Serba Baharu!

Pemenang kedua podium untuk R Engineering HMRT dalam kategori  SP1 ialah Chiow Teck Song (54 mata), diikuti pemandu Jepun pasukan Rworks, Ken Urata (49 mata).

Shazull Hisyam Harun dan Mohd Syahrizal Jamaludin (Empire M Racing) berada di tempat ketiga (45 mata).

Secara jujur, saya tidak sangka boleh muncul juara keseluruhan. Hari ini (semalam) ialah hari bonus besar untuk saya. Sekali lagi, terima kasih R Engineering HMRT, khususnya Lai Wee Sing yang banyak mengajar saya,” kata Teck Song.

KATEGORI MTC (Malaysian Touring Car)

  • Pasukan Tedco Racing menduduki dua tangga teratas dengan Leona Chin dan Akina Teo sebagai juara (49 mata), manakala Foo Yung Cheh dan Mark Darwin, kedua (43 mata).
  • Danny Chin dari pasukan Privateer berada di tempat ketiga selepas ketinggalan 1 mata (42 mata).

KATEGORI SP2

  • Eddie Lew dan William Ho dari pasukan Speed X mengumpul 86 mata untuk membawa pulang gelaran juara. Putera Adam dengan 76 mata akur di tempat kedua (podium ketiga untuk R Engineering HMRT).
  • Tempat ketiga milik Imran Wafi Adnan dan Najiy Ayyad (DNT Tune), 71 mata.

BACA >>> Pasukan Leona Chin Ungguli Carta Pertama Lumba Enduran Sepang 1000KM (S1K)
BACA >>> #PanduUji: Abang Gan Cuba Honda City Hatchback RS di Sepang
BACA >>> Indonesia, Finland Masuk Kalendar MotoGP 2022, Sepang Kembali!

Honda Civic FK8 Malaysian Touring Car 2021 R Engineering HMRT Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) 2021
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.