Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!
Auto Terkini

Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

Abang HirataBy Abang Hirata13/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

FERRARI memperkenalkan Amalfi Spider, versi bumbung boleh buka jentera 2+2 yang dilancarkan sebelum ini. Model ini menggabungkan prestasi luar biasa dan versatiliti harian dengan keseronokan pemanduan bumbung terbuka tanpa mengorbankan aspek keselesaan atau gaya.

Evolusi Reka Bentuk dan Bumbung Lembut

Seni bina spider ini mengekalkan bentuk anggun kupe melalui penggunaan bumbung lembut atau soft top yang boleh dibuka dalam masa 13,5 saat sehingga kelajuan 60 km/j.

Bumbung fabrik lima lapisan ini hanya setebal 220 mm apabila dilipat, sekali gus menyediakan ruang bagasi sebanyak 255 liter (bumbung ditutup) dan 172 liter (bumbung dibuka).

Secara peribadi, versi spider lebih menonjol dalam menyerlahkan keanggunan Amalfi.

Ferrari turut memperkenalkan warna baharu Rosso Tramonto serta pilihan fabrik teknikal berkilau rona Tecnico Ottanio.

Ruang Kabin dan Antaramuka Digital

Kabin jentera ini membawakan konsep dual-cockpit dengan antaramuka digital yang terdiri daripada panel instrumen 15.6 inci, skrin tengah 10.25 inci dan paparan penumpang 8.8 inci.

Ciri utama termasuk stereng dengan butang fizikal, kembalinya butang mula atau start button ikonik, serta wind deflector bersepadu pada penyandar kerusi belakang yang boleh diaktifkan melalui butang untuk mengurangkan gelora udara sehingga kelajuan 170 km/j.

Trenkuasa

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 3,855 cc V8 kembar turbo yang menghasilkan angka sama seperti Amalfi iaitu 640 ps pada 7,500 rpm dan tork 760 Nm antara 3,000 hingga 5,750 rpm.

Prestasi dipertingkatkan melalui sistem pengurusan turbo yang membolehkan putaran mencecah 171,000 rpm serta penggunaan minyak pelincir kelikatan rendah yang mengurangkan rintangan sejuk sebanyak 30 peratus. Kuasa dihantar melalui transmisi lapan kelajuan dua klac F1 DCT.

Dinamik dan Aerodinamik

Sistem aerodinamik aktif merangkumi spoiler belakang dengan tiga konfigurasi iaitu Low Drag (LD), Medium Downforce (MD), dan High Downforce (HD) yang menghasilkan daya mendap tambahan sehingga 110 kg pada kelajuan 250 km/j.

Kawalan pemanduan diperkukuhkan dengan sistem Side Slip Control (SSC 6.1), ABS Evo dan teknologi brake-by-wire.

Pemandu boleh memilih lima mod pada Manettino iaitu Wet, Comfort, Sport, Race dan ESC-Off.

Sistem Brek Pintar

Model ini tampil dengan teknologi sistem brek pintar brake-by-wire yang meningkatkan kecekapan membrek serta modulasi pedal.

Sistem ABS Evo yang diselaraskan dengan sensor 6D membolehkan anggaran kelajuan dan cengkaman roda yang lebih jitu untuk mengoptimumkan agihan daya brek.

Spesifikasi Teknikal Ferrari Amalfi Spider

  • Enjin: 3,855 cc V8 Turbo 90 darjah
  • Kuasa Maksimum: 640 ps@7,500 rpm
  • Tork Maksimum: 760 Nm@3,000 hingga 5,750 rpm
  • Transmisi: 8 kelajuan dua klac F1 DCT
  • Kelajuan Maksimum: 320 km/j
  • Pecutan 0 ke 100 km/j: 3,3 saat
  • Pecutan 0 ke 200 km/j: 9,4 saat
  • Jarak Membrek 100 ke 0 km/j: 30,8 meter
  • Jarak Membrek 200 ke 0 km/j: 119,5 meter
  • Berat Kering: 1,556 kg
  • Agihan Berat: 48 peratus hadapan / 52 peratus belakang
  • Jarak Roda: 2,670 mm
  • Kapasiti Tangki Bahan Api: 80 liter
  • Kapasiti But: 255 liter (bumbung ditutup) / 172 liter (bumbung dibuka)
  • Tayar Hadapan: 245/35 R20
  • Tayar Belakang: 285/35 R20
Ferrari Ferrari Amalfi Ferrari Amalfi Spider
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.