Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!
Sukan Permotoran

Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam14/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEJUARAAN sim racing tempatan, Cabaran Sprint Esport Porsche Malaysia (PESCM) 2026 kembali untuk edisi ketiga tahun ini dengan pendaftaran rasmi dibuka bermula 13 Mac 2026.

Dianjurkan Porsche Malaysia melalui Sime Darby Auto Performance, kejuaraan e-Sukan itu memberi peluang kepada bakat muda tempatan merasai pengalaman perlumbaan Porsche dalam dunia digital menggunakan simulator profesional.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata, kejuaraan tersebut meneruskan legasi Porsche dalam dunia sukan permotoran.

Selama lebih 75 tahun, Porsche sinonim dengan kecemerlangan sukan permotoran. Sama ada di atas litar sebenar atau dalam arena digital, perlumbaan sudah jadi sebahagian DNA kami,” katanya.

Guna Porsche 911 GT3 Cup dalam Simulator

Seperti siri perlumbaan sebenar Piala Porsche Carrera (PCC), semua peserta akan memandu jentera sama, iaitu Porsche 911 GT3 dengan tetapan simulator seragam, termasuk stereng dan pedal realistik.

Ini bermakna kemenangan ditentukan sepenuhnya berdasarkan kemahiran, fokus dan strategi peserta.
Bagi edisi 2026, Porsche turut memperkenalkan kategori khas wanita bagi memberi peluang kepada peserta wanita berusia antara 10 dan 23 tahun untuk menyertai dunia sukan permotoran.

Empat Kategori PESCM 2026

Kejuaraan tahun ini dibahagikan kepada empat kategori:

  • Junior Dreamers: 10 – 14 tahun
  • Young Dreamers: 15 – 17 tahun
  • Driven Dreamers: 18 – 23 tahun
  • Female Dreamers: 10 – 23 tahun

Pusingan Kelayakan di KL, Johor, dan Pulan Pinang

PESCM 2026 menggunakan platform simulator Assetto Corsa dengan tiga pusingan kelayakan sistem kalah mati.

Pusingan kelayakan pertama akan berlangsung di tiga lokasi utama:

  • Bangsar Shopping Centre (BSC), Kuala Lumpur – 18 – 19 April 2026
  • Mid Valley Southkey, Johor Bahru – 25 – 26 April 2026
  • Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang – 2 – 3 Mei 2026

Seramai 30 pemandu terpantas setiap kategori dari setiap lokasi akan mara ke pusingan kelayakan kedua di Porsche Centre seluruh negara.

Final ketika PCCA 2026 di Sepang

10 pemandu terpantas dari setiap Porsche Centre akan mara ke pusingan kelayakan ketiga di Pavilion Bukit Jalil pada 4 hingga 5 Julai 2026.

Pemandu terbaik kemudian akan bersaing di pentas akhir ketika perlumbaan Piala Porsche Carrera Asia (PCCA) 2026 di Petronas Sepang International Circuit pada 22 – 23 Ogos 2026.

Final tersebut akan berlangsung sempena pusingan 9 hingga 11 kejuaraan sebenar, sekali gus meletakkan pelumba simulator Malaysia di tengah suasana perlumbaan Porsche sebenar.

Menariknya, juara kategori Driven Dreamers PESCM 2025, Naquib Azlan kini bersaing dalam PCCA 2026, yang menunjukkan bagaimana kejuaraan sim racing mampu menjadi batu loncatan ke dunia perlumbaan sebenar.

Pendaftaran PESCM 2026 boleh dibuat di pautan ini: pescm.porsche.com.my.

Auto Terkini bakat muda bakat tempatan Cabaran Sprint Esport Porsche Malaysia (PESCM) 2026 e-sukan Porsche Porsche 911 GT3 Cup Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia (PESCM) Porsche Malaysia SIM Racing simulator racing Sulkan Permotoran
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Auto Terkini

    Dunlop Buka Lembaran Baru Bersama TBM, Sedia Perkenal Tayar Dalam Segmen EV

    02/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    02/05/2026
    Auto Terkini

    JAS Tensei, Tafsiran Baharu NSX, Lampu Pop-Up, V6 N/A, Manual 6 Kelajuan!

    01/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.