• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Abang Gan Cuba Honda City Hatchback RS di Sepang

#PanduUji: Abang Gan Cuba Honda City Hatchback RS di Sepang

November 24, 2021 By Abang GYL Leave a Comment

345
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL dinantikan rakyat Malaysia, Honda City Hatchback (2022) bakal dilancar tidak lama lagi. Bukan saja tempahan sudah dibuka, tetapi pihak media juga dijemput untuk memandu uji hatchback tersebut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini.

City Hatchback (2022) bakal mengisi kekosongan Jazz yang sudah ditamatkan pengeluaran untuk pasaran tempatan.

Dalam sesi pandu uji itu, Honda Malaysia menyediakan dua unit City Hatchback, iaitu varian petrol dan hibrid. Malah, model pesaing Toyota Yaris turut dibawa turun pada sesi berkenaan.

Dari segi luaran, City Hatchback (2022) tampak sama seperti City versi sedan. Apa berbeza dan menarik?

BACA >>> Honda Malaysia Mula Ambil Tempahan City Hatchback (2022), Dua Varian Ditawarkan
BACA >>> 10 Perkara Menarik Honda City Hatchback (2021)! Lancar di Thailand, Harga Mula RM80k

  • Bahagian belakang ‘dikontotkan’.
  • Varian hibrid, City Hatchback RS dibezakan menerusi beberapa kemasan hitam berkilat pada panel bonet (varian petrol menggunakan panel krom), spoiler belakang, perumah lambu kabus dan cermin sisi selain mewarisi gaya eksklusif RS seperti kemasan gentian karbon pada spoiler bawah bampar, dan difuser bawah bampar belakang.
  • Sistem lampu jenis LED penuh untuk lampu depan, lampu siang (DRL), lampu kabus dan lampu belakang.
  • Menggunakan rim aloi 16 inci dwi-tona.
  • Lebih ringan 7.3kg daripada model sedan.
TRENKUASA

  • Ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa: hibrid e:HEV dan petrol konvensional. Jenis enjin sama seperti City sedan.
  • City Hatchback RS e:HEV dijana trenkuasa hibrid 1.5L Sports i-MMD dengan dua motor elektrik yang menawarkan kuasa 107hp dan tork 253Nm dengan transmisi e-CVT.
  • City Hatchback versi petrol pula menggunakan trenkuasa aspirasi natural (NA) 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 119hp dan tork 145Nm.
  • Varian RS e:HEV dan V (untuk petrol) dibekalkan sistem penghidup enjin kawalan jauh (remote engine start), manakala ciri Brek Parkir Elektrik (EPB) hanya ada untuk RS e:HEV. Juga ada pedal syif!

BACA >>> Saga Elektrik Buka Tempahan, Harga Mula RM167k!

DALAMAN MASIH RAHSIA

Papan pemuka City Hatchback Thailand.

Sehingga kini, kami tidak dibenarkan mendedahkan rupa papan pemuka City Hatchback versi Malaysia. Namun, beberapa ciri lain sudah didedahkan kepada umum. Bagaimanapun, anda masih boleh melihat rekaan kabin City Hatchback yang terlebih dahulu menjengah pasaran negara jiran seperti Thailand. Mungkinkah sama atau ada perubahan? 🤔

Antara ciri diberikan adalah kerusi 4-mod Ultra dengan kerusi belakang boleh lipat dalam beberapa konfigurasi, sama seperti Jazz sebelum ini. Ruang penumpang belakang juga ada ventilator penyaman udara. Selain itu, kami tidak didedahkan dengan ciri yang ada.

ADA HONDA SENSING!

  • Selain kamera Honda LaneWatch, City Hatchback RS turut dilengkapi ciri keselamatan Honda Sensing, terdiri daripada:
    • Kawalan Jelajah Adaptif  (ACC)
    • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
    • Amaran Pelanggaran Depan (FCW)
    • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
    • Mitigasi Pergerakan Jalan (RDM)
    • Amaran Keluar Lorong (LDW)
    • Lampu Tinggi Automatik (AHB)

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

HARGA MASIH RAHSIA

Ramai tertanya-tanya, berapakah harga City Hatchback? Adakah sama seperti Jazz?

Buat masa ini, kami juga tidak didedahkan sebarang tanda harga. Namun kami menjangka agak mustahil mengikut harga Jazz kerana model ini sarat dengan segudang ciri menarik. Tetapi jika mengambil kita tanda harga City Hatchback di Thailand, model ini dijual pada harga 599,000 baht (RM75,670) hingga 749,000 baht (RM94,680).

Tambahan lagi, model hatchback di Malaysia biasanya lebih mahal, ambil contoh hatchback Mazda.

Ramalan kami, harga mungkin hampir sama seperti City sedan sedia ada, bermula RM74,191 (varian S) hingga RM105,950 (varian RS) yang sudah berada di pasaran. Apapun, sama-sama kita nantikan.

Nak tahu lebih lanjut pengalaman memandu uji City Hatchback di Litar Antarabangsa Sepang? Jom tonton video 10 minit Abang Gan di bawah ini.

BACA >>> Bomba Jumpa Tangki Gas Kimpal, Oksigen, Punca Alza Terbakar Tiba-Tiba Disiasat
BACA >>> Polis Cari Marsyal Konvoi 'Eskyen' Jadi Polis di Port Dickson

Artikel Berkaitan

345
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: 2021 Honda City hatchback, 2022 Honda City hatchback, Honda City Hatchback, Honda City hatchback malaysia, Honda City Hatchback RS, Honda City Malaysia, Honda City Malaysia 2022, Pandu uji, Pandu Uji Honda City hatchback, Toyota Yaris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my