Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Putrajaya Kini Sudah Ada Bas Percuma!
Auto Terkini

Putrajaya Kini Sudah Ada Bas Percuma!

Azizi HBy Azizi H27/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERMULA 1 November ini, warga Malaysia, terutama penduduk Putrajaya bakal menikmati kemudahan bas percuma yang disediakan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Perbadanan Putrajaya (PPj).

Program pelancaran disempurnakan Ketua Setiausaha KWP, Datuk Rosida Jaafar dan Presiden PPj, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain.

Inisiatif bas percuma itu menelan kos RM12 juta setahun dan melibatkan 12 laluan bas Nadi Putra di sekitar Putrajaya. Kemudahan yang disediakan KWP menerusi agensi Perbadanan Putrajaya (PPj) itu adalah antara inisiatif di bawah Wilayah Prihatin KWP bagi membantu rakyat khususnya warga Putrajaya mengurangkan beban sara hidup dalam aspek pengangkutan dan memudahkan urusan di Putrajaya.

Pada masa yang sama, perkhidmatan percuma ini juga dapat menggalakkan aktiviti pelancongan domestik di Putrajaya dalam membantu memulihkan ekonomi setempat ekoran pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun, penumpang bas bukan warganegara dikehendaki membayar tambang RM1.50. Aspek prosedur operasi standard (SOP) untuk pencegahan penularan jangkitan Covid-19 perlu dipatuhi antaranya penjarakan tempat duduk, pengurangan kapasiti penumpang, pengambilan suhu badan dan pendaftaran MySejahtera,” katanya kepada pemberita selepas program pelancaran.

 

Laluan perkhidmatan utama adalah:

T500 bermula di Kompleks E dan akan melalui Kompleks Kerajaan sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Presint 1 (Kompleks A, B, C, D dan E) dan Persiaran Perdana (Presint 2 dan 3) hingga ke Dataran Gemilang di Presint 4.

Bagi 11 laluan perkhidmatan selebihnya pula:

Melalui kawasan perumahan, komersial dan pejabat selain Presint 1 hingga Presint 4 dengan kekerapan setiap 15 minit pada waktu puncak, 20 minit pada waktu bukan puncak dan 30 minit pada malam, hujung minggu dan cuti umum.

Selain Putrajaya Sentral sebagai stesen utama, dua hentian iaitu Kompleks E di Presint 1 dan Dataran Gemilang di Presint 4 akan dijadikan transit yang menghubungkan laluan perkhidmatan utama dengan beberapa laluan perkhidmatan lain untuk kemudahan penumpang.

Bas Percuma Bas Percuma Putrajaya Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain Datuk Rosida Jaafar Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) Perbadanan Putrajaya (PPj)
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.