Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Putera Saudi: “Inilah Masa Wanita untuk Memandu.”
Auto Terkini

Putera Saudi: “Inilah Masa Wanita untuk Memandu.”

Han OthmanBy Han Othman02/12/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

perempuan-saudi-memandu
ARAB Saudi adalah satu-satunya negara di dunia ini yang melarang wanita memandu hingga mencetuskan bantahan di kalangan pejuang hak asasi wanita dari dalam dan luar negara. Tetapi kali ini, bantahan mereka itu turut disambut seorang putera diraja Saudi berpengaruh.

“Hentikan debat: Inilah masa wanita untuk memandu,” coret Putera Alwaleed Talal dalam akaun Tweeter miliknya minggu ini.

Alwaleed tidak memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan Saudi, tetapi menjalankan beberapa perniagaan yang ada kaitan dengan kerabat pemerintah. Malah, beliau juga sangat menyokong penuh hak asasi wanita seperti dilaporkan Al Jazeera.

Alwaleed turut menyiarkan kenyataan panjang lebar yang menggesa supaya golongan wanita di negara Arab itu diberikan lebih hak asasi dengan membandingkan kebenaran memandu dengan peluang pendidikan kepada kaum hawa sebagai contoh.

Menghalang wanita memandu kereta hari ini ialah isu hak asasi yang sama dengan melarang mereka daripada menerima pendidikan atau mendapat identiti merdeka.

Itu semua tindakan tidak adil oleh masyarakat tradisional, jauh lebih terkongkong berbanding apa yang dibenarkan secara sah oleh ajaran agama.” – Putera Alwaleed Talal

Menurutnya lagi, membenarkan wanita memandu bukan sekadar perkara betul yang perlu dilkakukan, tetapi juga baik untuk ekonomi. Sesebuah keluarga membelanjakan lebih AS$1,000 (RM4,462) setiap bulan untuk pemandu peribadi lelaki untuk kaum wanita mereka. Tambahan lagi, ramai isi rumah di Arab Saudi sedang bergelut dengan situasi ekonomi meruncing berikutan harga minyak rendah. Tahun ini menyaksikan ramai pekerja asing di negara itu menyuarakan protes kerana bekerja beberapa bulan tanpa dibayar gaji.

PROTES 26 OKTOBER

Pekerja Kerajaan, yang membentuk 70 peratus daripada populasi pekerjaan di Arab Saudi, mula melaksanakan langkah penjimatan bermula September lalu, menurut akhbar Independent. Masing-masing cuba mengelak berulangnya krisis ekonomi seperti 2015 apabila negara itu mengalami defisit mencecah AS$100 bilion. (RM446 bilion)

Wanita di Arab Saudi sebenarnya sudah lama aktif menuntut hak untuk memandu sejak beberapa tahun lalu. Antara bentuk protes dilakukan ialah mereka bertindak memandu kereta pada setiap 26 Oktober tanpa mempedulikan ancaman undang-undang. Malah, mereka juga kerap berlatih memandu menggunakan kereta bampar yang terdapat di taman tema.

SUMBER: Autoblog

Alwaleed Talal Arab Saudi Auto Terkini hak asasi wanita larangan wanita memandu di Arab Saudi perempuan Saudi Putera Saudi wanita Saudi protes
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Honda Forza 720 2027 EU
Auto Terkini

Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

29/07/2026
Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Honda Forza 720 2027 EU
Auto Terkini

Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

By Abang Hirata29/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.